Menukar LED skrin Macbook Pro

Menukar LED skrin Macbook Pro



Semakin ramai customer kami yang datang menghantar MacBook Pro untuk membaiki LCD skrinnya. Semuanya datang dengan satu masalah sahaja, Skrin Pecah! dan untuk pengetahuan anda semua yang pakai MacBook Pro atau tidak, kos untuk menukar LCD skrin ini sangatlah mahal, kalau tanya kat Apple Service Center -----------RM2400!!!  

kos purata untuk menukar LED / LCD Skrin laptop biasa ---> RM300 hingga RM350 sahaja!!!

Baik beli baru.

So mujurlah kami ada kepakaran untuk menukar LCD skrin ini dengan kadar lebih kurang setengah yang dicas oleh Apple, harga murah, hasilnya sama jugak.

So kat sini kami nak berkongsi salah satu MacBook Pro yang dihantar oleh salah seorang regular customer kami, Pakar Mata dari Hospital Klang. tapi Macbook ni bukan dia punya, Anak lelaki dia yang punya.




Seperti para pembaca lihat di atas, amatlah kritikal kerosakan yang telah terjadi, khabarnya, laptop ini terjatuh. Kalau jatuh macam ini kami rasa amatlah tragis cara penjatuhannya

Dan untuk menukar skrin MacBook Pro ini bukanlah mudah kerana ianya mempunyai dua lapisan.



Yang pertama adalah lapisan luar (kanan gambar)
Yang kedua adalah LED skrin itu sendiri (kiri gambar)
Item di atas dibuka dari MacBook Pro yang sama.

Lapisan yang di luar tu paling susah hendak dibuka kerana sangatlah nipis. Percaya atau tidak, lapisan di luar itu adalah plastik! bukannya kaca seperti banyak pengguna MacBook andaikan. ku sangka kaca rupanya plastik.

So ada dua barang nak kena tukar, tu yang harga mahal sangat tu.
 Lagi satu LED skrin MacBook Pro ini dibuat khas untuknya sahaja, takda LED skrin lain yang boleh ngan sesuka hati dengan MacBook Pro ini.

So dipendekkan cerita, Macbook Pro yang hampir menemui ajal tadi telah berjaya diselamatkan.
Lihatlah wajah barunya di bawah. Cover plastik pun tak bukak lagi


So lain kali kalau pengguna MacBook Pro terpecah skrin yang mahal tu, jangan risau, Kami sudi berkongsi kepakaran dalam membaiki MacBook Pro anda. Apapun, jagalah MacBook Pro anda dengan baik.

Hubungi kami




TESTIMONI


Dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)

di bawah adalah beberapa Macbook Pro yang telah dibaiki oleh kami.










































No comments: