Bagaimana cara untuk pos laptop anda kepada kami

Kami mempunyai pelanggan dari serata Malaysia yang ingin menghantar laptop ke Ok Computer Solution. Kami menggalakkan untuk anda pos laptop anda dengan cara yang betul...Di sini terdapat beberapa langkah yang akan kami tunjukkan tentang bagaimana cara untuk packing laptop anda untuk dipos ke Ok Computer Solution..

Langkah 1

Sebelum anda membungkus laptop, pastikan anda menanggalkan bateri laptop dan adapter charger. Kami tidak memerlukan bateri dan adapter charger anda.. Ingat ya, poskan laptop anda tanpa bateri dan adapter charger.



Langkah 2

Sediakan kotak kosong. Pastikan kotak tersebut muat untuk laptop anda.


Langkah 3

Pastikan anda meletakkan pengalas pada tapak kotak tersebut untuk mengelakkan ruang-ruang kosong yang boleh mengakibatkan laptop anda pecah, retak semasa proses penghantaran. Lebih tepat lagi, pastikan kotak yang anda gunakan menjadi padat. Anda boleh menggunakan surat khabar lama yang digumpal-gumpal ataupun apa sahaja yang dirasakan sesuai.



Langkah 4

Pastikan laptop anda dibalut dengan baik. Terpulang kepada anda untuk membalutnya dengan cara apa sekalipun. Kami sarankan anda menggunakan bubble wrap packing seperti dalam gambar. Jika tak balut pun tidak mengapa, asalkan kotak yang anda gunakan mestilah padat, dan letak baik-baik laptop anda.







Langkah 5

Sama seperti langkah 3 tadi, pastikan anda meletakkan pengalas pada bahagian atas laptop seperti surat khabar dan sebagainya...Itu pun jika kotak anda besar seperti dalam gambar di atas. Pastikan kotak yang digunakan menjadi padat. Setelah itu, selotip kotak anda dengan cermat dan selamat.



Langkah 6

Tampalkan Consignment Note yang mengandungi alamat anda dan penerima untuk proses penghantaran pos. Terpulang kepada anda untuk menggunakan perkhidmatan pos yang ada seperti pos laju, skynet, gdex dan sebagainya.






***Pastikan dalam kotak yang anda gunakan, sertakan sekali nama anda, model laptop serta masalah laptop   anda. Tuliskan dalam sekeping kertas. Jika tidak keberatan sertakan sekali kapasiti Hard Disk dan RAM laptop anda..Kalau tak boleh pun tak ape...

Ini cuma langkah-langkah yang kami cadangkan sahaja, jika anda ada cara sendiri untuk packing pun tidak mengapa, cuma yang penting, pastikan ianya selamat dan tidak perlu sertakan bateri dan adapter charger laptop anda.

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments: