Consider replacing your battery??




Anda biasa dengan amaran "Consider replacing your battery" pada laptop anda?. Amaran ini keluar hanya pada pengguna windows 7. Ianya banyak kebaikan bagi pengguna yang mungkin tidak sedar akan ketahanan battery laptop mereka. Di entry ini kami akan menerangkan tentang pemasalahan begini.

Windows 7 mempunyai keupayaan untuk memberitahu pada anda apabila bateri anda tidak lagi berupaya untuk cas penuh. Apabila bateri anda sudah mencapai 40 peratus daripada kapasiti asal (iaitu, ia hanya boleh mengecas 40 peratus atau kurang daripada kebiasaannya), Windown akan secara automatiknya akan memaklumkan pada anda yang mengatakan "Consider replacing your battery". Windows melaporkan maklumat ini terus dari bateri laptop anda. Dan hanya akan melihat pemberitahuan ini apabila bateri melaporkan ia tidak dapat bertahan lebih daripada 40% daripada caj penuh.

Pemberitahuan ini adalah baru dalam Windows 7. Di awal versi Windows seperti Windows Vista, Windows XP dan sebelumnya, tidak akan memberitahu kepada anda apabila bateri anda akan rosak atau telah pun rosak. Jika anda baru sahaja menaik taraf laptop anda kepada Windows 7 dan menerima pemberitahuan ini, ia mungkin bermakna bahawa anda perlu untuk menggantikan bateri anda. Jika anda tidak mahu untuk menerima hakikat tentang pemberitahuan ini, anda boleh untuk mematikan pemberitahuan ini pada meter bateri.
Sumber daripada Laman web Microsoft




Kenapa bateri boleh rosak


Terdapat banyak kemungkinan kenapa bateri laptop boleh rosak. Tetapi kebiasaan ia berpunca daripada bateri tersebut telah terlebih di cas atau over charge. Kemungkinan lain boleh berpunca daripada mengecas bateri sambil menggunakan laptop. Atau dibiarkan bateri tidak dicas dalam jangka masa yang lama. Dan apabila anda hendak menggunakannya ia tidak lagi boleh berfungsi.




Bagaimana untuk mengelakkan daripada bateri rosak


Sebaik-baiknya, anda di nasihatkan untuk mengecas bateri anda hanya apabila ianya telah mencecah 10 peratus. Ini merupakan tahap kritikal bagi sesuatu beteri. Dan apabila anda mahu mengcasnya, seelok-eloknya biar didalam keadaan laptop anda telah dimatikan. Supaya bateri akan mendapat kuasa yang mencukupi.

Jangan biarkan bateri anda dicas terlalu lama. Kerana ianya akan mengurangkan tahap ketahanan bateri. Dan selalunya akan menyebabkan bateri anda akan boleh berfungsi lagi.



Macam mana nak mengenali bateri itu ORIGINAL atau OEM.




Keadaan didalam bateri

Bateri ORIGINAL bermaksud bateri yang memang asal khas untuk sesebuah laptop. Ianya hanya boleh didapati daripada pengedar barangan yang ORIGINAL. Kebiasaannya bateri original ini harganya mahal berbanding OEM.

Bateri OEM atau Original Equip Manufactural, ianya adalah alternetif bagi bateri original. Bateri OEM ini tahap ketahanannya lebih kurang sama dengan yang ORIGINAL. Tetapi harganya lebih murah daripada ORIGINAL kerana bateri OEM ini tidak mempunyai jenama yang khusus baginya. Contohnya bateri HP, pada bateri tersebut telah tercetak logo HP padanya dan tiada pada bateri OEM. Dari situ anda boleh membezakan antara bateri Original dan OEM.



Gambar di atas adalah contoh bateri laptop Lenovo, di bahagian atas adalah Original, di bahagian bawah adalah OEM.


Jadi elakkan dari melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan bateri anda rosak, atau anda akan menghadapi kerosakkan bateri disaat anda amat perlukannya. Kami di OK Computer Solution amat perihatin tentang laptop anda.

artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang bateri laptop, battery laptop, replacement battery, oem battery, original battery, rechargeble battery, ok computer solution



Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments: