Servis Pickup & Delivery di Rezzen Sdn Bhd, Plaza KL Sentral

Rezzen Sdn Bhd

4 September 2014


Pada hari khamis baru-baru ini, team OKCS Korporat kami telah menerima satu job untuk membaikpulih empat unit desktop yang bermasalah. Akibatnya staff di syarikat ini telah mengalami kekangan untuk menyiapkan kerja-kerja mereka yang dikatakan amat penting untuk disiapkan dengan segera.

Oleh itu, dengan kepakaran yang kami ada. Kerja-kerja membaikpulih kesemua desktop ini cuma mengambil masa satu hari sahaja,


Apakah masalah yang dihadapi?

Kesemua desktop ini boleh dikatakan mempunyai masalah yang sama iaitu terdapat beberapa 'software' yang tidak boleh digunakan lagi dalam erti kata lain telah dijangkiti oleh virus yang agak merbahaya. Cuma satu sahaja desktop yang mempunyai masalah dengan 'power supply' iaitu PC tidak boleh nak on.

Apakah langkah yang dilakukan?

Kami telah memberikan nafas baru kepada setiap desktop yang ada dengan membaikpulih semula 'system' desktop-desktop ini kepada seperti sediakala dan menukar 'power supply' yang telah rosak kepada yang baru.

Mereka amat berpuashati dengan hasil kerja kami dan akan menjadikan kami sebagai pakar IT untuk syarikat ini. Terbaik!


Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!

No comments: