Kebaikan Dan Keburukan Internet


Internet atau interconnection networking merupakan sistem global dari jaringan komputer yang saling terhubung menggunakan standart internet protokol suite (TCP/IP) untuk melayani pengguna seluruh dunia. Internet telah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian kepada kehidupan manusia yang hidup pada zaman ICT kini. Internert yang dibangunkan dengan kegunaan asasnya iaitu perkongsian menjadikan internet ini pesat untuk keperluan manusia zaman kini yang menginginkan kepantasan dalam komunikasi.

Internet banyak memberi manfaat kepada belia terutama kepada  pelajar IPT. Ia membuka satu dimensi baru kini sebagai satu sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia juga hampir menggantikan kaedah pembelajaran dan pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan. Internet dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan segala maklumat terkini dalam semua bidang.

Disamping itu, internet juga banyak membantu dalam dunia perniagaan zaman kini. Pengiklan dapat mengiklankan perkhidmatan atau barangan dalam ruang siber dan mendapat pulangan daripadanya. Internet telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Kini para pelajar bukan sahaja menggunakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu  melangkah kaki ke dalam bilik kuliah malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui internet.



Di sebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat pada internet, ia juga mempunyai beberapa keburukan. Contohnya seperti kewujudan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayani internet telah menjadikan fenomena negatif dikalangan golongan belia seperti gejala melepak dan menyebabkan timbul masalah-masalah sosial yang lain. Internet juga telah membuka jalan kepada jenayah komputer. Bagi pengguna yang mahir dalam komputer mereka dapat menceroboh masuk ke dalam sistem sesebuah syarikat menerusi laman webnya di internet.

Ketagihan internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang serta mengubah corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan memencilkan diri sendiri semata-mata untuk menyelami maklumat dalam internet yang tanpa batasnya.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang kebaikan dan keburukan internet, kebaikan internet, keburukan internet, kebaikan menggunakan internet, kebaikan dan keburukan melayari internet, ok computer solution shah alam, ok computer solution, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service.

Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


012 3653285

(OK COMPUTER SOLUTION)

No comments: