3 Perkara Hacker Tidak Mahu Anda Tahu

 WiFi salah satu teknologi memudahkan kita semua untuk melayari internet sama ada melalui laptop , smartphone , tablet dimana sahaja di dalam rumah kita tanpa menggunakan wayar. Tak lengkap kehidupan di rumah dan pejabat sekarang ni sekiranya tiada internet dan akses WiFi .





Berapa ramai yang tahu dan perasaan kadang-kadang Line Internet dirumahnya dan pejabat slow macam siput? 









Berapa ramai juga yang sudah tahu internet rumahnya dah digodam oleh jiran mereka sendiri. Oleh itu OK Computer Solution ingin berkongsi 3 Rahsia yang mana pengodam sangat tidak mahu anda tahu dan buat. Pasti jiran anda (penggodam)  tidak lagi menyukai anda lepas ini .



Langkah 1 :Cipta password unik di router


Pertama anda kena pergi ke halaman ' router setting page ' Permulaannya begini.

(a) Buka Google Chrome / Mozilla Firefox anda dan menaip ' 192.168.1.1 ' terus diatasnya.

(b) Masukkan username dan password untuk router anda. Setiap brand router berbeza username dan password. Pasti lupa dan sudah buang buku manualnya tidak mengapa boleh Google. (Untuk rujukan anda , OK Computer Solution sediakan link terus ke website kilang untuk router wifi yang terkenal di malaysia  – Linksys,CiscoNetgearApple AirPortSMCD-LinkBuffaloTP-LINK3ComBelkin.  

(c) Sarankan mengubah password yang menggunakan alphanumeric untuk menguatkan password anda. Contohnya 0K C0MPUTER S0LUT10N . 




Langkah 2 :Tukar nama WiFi anda (SSID)

(a) Kebiasaanya nama WiFi anda akan mengikut ketetapan biasa (default) atau nama brand yang sedia ada pada router / modem anda , contohnya D-Link / UniFi

(b) Dengan menukar nama sahaja boleh mengaburi pengodam untuk mengenalpasti jenis modem / router dan jenis internet yang kita gunakan. Nama Wifi anda berubah secara automatik semua alat peranti anda hendaklah di cari dan di sambungkan semula untuk mendapatkan internet. Pengodam juga akan mencari semula Wifi anda.




Langkah 2 :Kurangkan Jarak Signal WiFi 


(a) Sekiranya rumah dan pejabat anda sederhana dan tidak besar , anda mungkin boleh kurangkan jarak signal dengan memilih channel  802.11g daripada memilih m802.11n atau 802.11b.

(b) Anda juga boleh meletakkan router/modem anda dibawah katil , didalam kotak kasut atau membalut antenanya dengan dawai bagi menganggu arah tujuan signal WiFi.

Teknologi Baru  : Terdapat penyelidikan yang menciptakan cat khas yang menghalang  signal WiFi . Dengan cat ini , jiran tidak lagi dapat mengakses internet rumah dan anda juga tidak perlu mengubah password selalu pada router/modem anda setiap masa.

Cat ini mempunyai bahan kimia yang dapat menahan radio signal WiFi dengan menyerap signal tersebut. Dengan itu tiada lagi Signal dari luar untuk masuk mahupun signal WiFi rumah sendiri yang terdedah pada orang luar.


RUMAH -- TIDAK RISAU LAGI --- NETWORKING -- WIFI


Ashraf Aswadi
" Ashraf Aswadi ialah seorang pelajar ijazah dalam jurusan Bachelor Engineering (hons)  in Technology in Networking Systems dan juga Rakan Strategi Niaga OK Computer Solution . Beliau telah berkecimpung dalam dunia komputer sejak dari bangku sekolah lagi dan sekarang banyak menghasilkan e-book , kelas , seminar dan tips di blog OK Computer Solution berkenaan penjagaan laptop dan komputer. "

No comments: