REPAIR MOTHERBOARD LENOVO IDEAPAD G470


MASALAH

Saya menggunakan lenovo G470 sejak 2012, banyak pengalaman yang awesome yang telah saya lalui, saya mengunakannya 10 jam sehingga 12 jam sehari kerana saya adalah seorang programmer, dalam tempoh tersebut ia telah memberikan saya performance yang terbaik.  
Sehinggalah pada suatu hari, yang merupakan hari yang malang bagi saya, kerana atas kecuaian saya laptop kesayangan saya tidak dapat di POWER ON. Saya telah tertumpahkan segelas air coke keatasnya. STRESS, TENSION, MENYESAL, TERTEKAN semua saya rasa pada masa tu.

Motherboard lenovo ideapad yang tertumpah air coke :






Lenovo G470 menggunakan processor i5-2450M dengan AMD HD6370M GPU. Laptop Lenovo ini mampu menyokong sistem pengoperasian window 8, 4GB of RAM, 500GB hard disk, 14" HD LED screen, DVD writer, HDMI, Wi-Fi, Bluetooth dan sebagainya.


selepas direpair

Hampir 30% customer yang datang ke kedai kami membawa laptop model ini yang mempunyai masalah yang sama seperti dibawah:




  • CANNOT ON
  • NO DISPLAY
  • AUTOSHUTDOWN
  • AUTORESTART

Punca Masalah

 








Masalah ini berpunca dari kipas yang sangat mudah memerangkap habuk. Apabila habuk semakin tebal , maka sistem penyejukan menjadi tidak efisien lalu memusnahkan chipset penting pada motherboard. Bila ini terjadi, chipset yang rentung atau terbakar tidak lagi berfungsi lalu menyebabkan laptop rosak

PENYELESAIAN

Kami memberikan penyelesaian utama.
Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru!

Mungkin anda terpinga pinga apakah itu chipset grafik. 
Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar




Chipset grafik inilah yang mengawal visual yang keluar ke skrin laptop anda.
Chipset grafik ini letaknya di motherboard
Oleh kerana chipset grafik adalah dari jenis yang sangat canggih, yakni bukan seperti chipset biasa, 
jadi chipset ini cepat panas kerana menanggung grafik yang tinggi,banyak bekerja, ditambah pula dengan heatsink dan fan yang berhabuk
maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung.

Penyelesaian alternatif

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM699 keatas.
Jaminan 3 bulan.
Sanggup ke???

Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:

- heat gun
- reball
- reheat
- resolder

Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangka masa sangat sekejap.
Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja.

Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

- Dapat chipset baru
- Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
- Tahan lama
- Harga berpatutan

Faedah kepada kami - 

Customer happy kami happy...:)

HUBUNGI SAYA




Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e-mail atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.





No comments: