REPAIR MOTHERBOARD LENOVO IDEAPAD Y500

15.6 "GAMING Powerhouse.

LENOVO Y500  adalah sebuah laptop yang berkuasa tinggi yang boleh menyokong penuh permainan extrem, aplikasi grafik, audio dan processor, malah dapat melahirkan aplikasi intensif kepada suatu dimensi yang baru.

Berikut adalah spesifikasi LENOVO Y500 : 

CPU/Chipset : 3rd generation Intel® Core™ i7-3630QM (2.40GHz 1600MHz 6MB)
Memory : 8GB, 12GB PC3-12800 DDR3 SDRAM 1600 MHz
Graphics : NVIDIA® GeForce® GT750M GDDR5 2GB
Display : 15.6" HD display (16:9 widescreen) (1920x1080)
Storage : 1TB (5,400 rpm)/SSD: 16GB

Sangat menarik dengan processor 3rd generation Intel® Core™ i7-3630QM (2.40GHz 1600MHz 6MB), laptop model ini mampu memberikan prestasi maksima. MAlah disokong oleh kad grafik tambahan....




TETAPI..........



Hampir 30% customer yang datang ke kedai kami membawa laptop model ini yang mempunyai masalah yang sama seperti dibawah:

  • CANNOT ON
  • NO DISPLAY 
  • AUTOSHUTDOWN
  • AUTORESTART

Perhatikan gambar dibawah


cannot on

chip terbakar

chip terbakar

PUNCA MASALAH








Masalah ini berpunca dari kipas yang sangat mudah memerangkap habuk. Apabila habuk semakin tebal , maka sistem penyejukan menjadi tidak efisien lalu memusnahkan chipset penting pada motherboard. Bila ini terjadi, chipset yang rentung atau terbakar tidak lagi berfungsi lalu menyebabkan laptop rosak

PENYELESAIAN


Kami memberikan penyelesaian utama.
Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru!

Mungkin anda terpinga pinga apakah itu chipset grafik. 
Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar




Chipset grafik inilah yang mengawal visual yang keluar ke skrin laptop anda.
Chipset grafik ini letaknya di motherboard
Oleh kerana chipset grafik adalah dari jenis yang sangat canggih, yakni bukan seperti chipset laptop biasa, 
jadi chipset ini cepat panas kerana menanggung grafik yang tinggi,banyak bekerja, ditambah pula dengan heatsink dan fan yang berhabuk
maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung.

Penyelesaian alternatif

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM699 keatas.
Jaminan 3 bulan.
Sanggup ke???

Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:

- heat gun
- reball
- reheat
- resolder

Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangka masa sangat sekejap.
Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja.

Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

- Dapat chipset baru
- Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
- Tahan lama
- Harga berpatutan

Faedah kepada kami - 

Customer happy kami happy...:)

SELEPAS DIBAIKI







HUBUNGI SAYA






Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e-mail atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments: