CYCLE COUNT BATERI MACBOOK | OKCS


KETAHUI JANGKA HAYAT BATERI DARI CYCLE COUNT BATERI MACBOOK


MacBook, MacBook Air dan MacBook Pro datang dengan bateri litium polimer untuk memberikan hayat bateri maksimum dalam ruangan yang padat. Tahukah anda mengenai cycle count?

Mengenai Cycle Count Bateri MacBook


Penggunaan bateri macbook anda dikira dalam bentuk kitaran cas. Satu kitaran cas bermakna menggunakan semua kuasa bateri,tetapi tidak bermakna mengunakannya dengan satu cas.

Sebagai contoh, anda boleh menggunakan macbook anda selama satu jam atau lebih sehari, dengan menggunakan separuh cas, dan kemudian mengecasnya semula sepenuhnya.

Jika anda melakukan perkara yang sama pada hari berikutnya, ia akan dikira sebagai satu kitaran cas, bukan dua, jadi ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk melengkapkan kitaran.

Bateri mempunyai kitaran cas yang terhad sebelum ia dianggap kehabisan kuasa ( komponen kimia yang berada didalam bateri dianggap habis dan perlahan-lahan dari masa ke masa bateri akan kehilangan keupayaan untuk menahan cas.), Setelah kehabisan kuasa maka disarankan ganti bateri yang baru.

Anda boleh menggunakan bateri anda selepas ia mencapai cycle count bateri macbook yang maksimum, tetapi anda mungkin mendapati terdapat pengurangan hayat bateri anda. Mengetahui berapa cycle count bateri macbook dan berapa banyak lagi kitaran yang tinggal boleh membantu anda menentukan masa yang sesuai untuk mengantikan bateri yang baru.

Untuk prestasi yang optimum, gantikan bateri anda apabila mencapai kiraan kitaran yang maksimum.

Ikut langkah ini untuk mendapatkan maklumat mengenai bateri macbook anda termasuk kiraan kitaran: 

  1. Langkah pertama anda akan berbeza bergantung kepada versi Mac OS Xyang anda gunakan:
    • OS X Snow Leopard v10.6.8 atau lebih awal:
      • Buka Apple System Profiler dengan memilih "About this Mac" daripada Apple Menu. Kemudian klik More Info.

    • OS X v10.7 atau yang lebih baharu:
      • Buka System Information dengan memilih "About this Mac" daripada Apple Menu. Klik System Report.



2. Klik Power dalam senarai Kandungan (di bawah seksyen Perkakasan seperti yang ditunjukkan di         bawah).

3. Kiraan kitaran semasa disenaraikan di bawah bahagian Maklumat bateri.

Contoh di atas menunjukkan Laporan Sistem dan bateri dengan enam kitaran di atasnya.

Cycle count batery macbook limits


Lihat jadual di bawah untuk mengetahui had kiraan cycle count bateri macbook anda. Bateri dianggap kehabisan kuasa sebaik sahaja ia mencapai had.
ComputerMaximum Cycle Count
MacBook
MacBook (Retina, 12-inch, Early 2015)
MacBook (13-inch, Mid 2010)
MacBook (13-inch, Late 2009)
1000
MacBook (13-inch Aluminum, Late 2008)500
MacBook (Mid 2009)
MacBook (Early 2009)
MacBook (Late 2008)
MacBook (Early 2008)
MacBook (Late 2007)
MacBook (Mid 2007)
MacBook (Late 2006)
MacBook (13-inch)
300
MacBook Pro
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2015)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Mid 2014)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2013)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Early 2013)
MacBook Pro (Retina, 13-inch, Late 2012)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2012)
MacBook Pro (13-inch, Late 2011)
MacBook Pro (13-inch, Early 2011)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (13-inch, Mid 2009)

MacBook Pro (Retina, 15-inch, Mid 2014)
MacBook Pro (Retina, 15-inch, Late 2013)
MacBook Pro (Retina, 15-inch, Early 2013)
MacBook Pro (Retina, Mid 2012)
MacBook pro (15-inch, Mid 2012)
MacBook Pro (15-inch, Late 2011)
MacBook Pro (15-inch, Early 2011)
MacBook Pro (15-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (15-inch, 2.53 GHz, Mid 2009)
MacBook Pro (15-inch Mid 2009)
MacBook Pro (17-inch, Late 2011)
MacBook Pro (17-inch, Early 2011)
MacBook Pro (17-inch, Mid 2010)
MacBook Pro (17-inch, Mid 2009)
MacBook Pro (17-inch, Early 2009)
1000
MacBook Pro (15-inch Late 2008)500
MacBook Pro (15-inch, Early 2008)
MacBook Pro (15-inch, 2.4/2.2GHz)
MacBook Pro (15-inch, Core 2 Duo)
MacBook Pro (15-inch Glossy)
MacBook Pro (15-inch)
MacBook Pro (17-inch, Late 2008)
MacBook Pro (17-inch, Early 2008)
MacBook Pro (17-inch, 2.4GHz)
MacBook Pro (17-inch Core 2 Duo)
MacBook Pro (17-inch)
300
MacBook Air
MacBook Air (11-inch, Early 2015)
MacBook Air (11-inch, Early 2014)
MacBook Air (11-inch, Mid 2013)
MacBook Air (11-inch, Mid 2012)
MacBook Air (11-inch, Mid 2011)
MacBook Air (11-inch, Late 2010)
MacBook Air (13-inch, Early 2015)
MacBook Air (13-inch, Early 2014)
MacBook Air (13-inch, Mid 2013)
MacBook Air (13-inch, Mid 2012)
MacBook Air (13-inch, Mid 2011)
MacBook Air (13-inch, Late 2010)
1000
MacBook Air (Mid 2009)500
MacBook Air (Late 2008)
MacBook Air
300



Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
= Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang

Penulis,
Zaim Halib

No comments: