APPLE : SSD VS HDD : APAKAH PERBEZAAN?

Solid State Drive (SSD)                                               Hard Disk Drive (HDD)
Kami akan berikan perbezaan antara  storan SSD dan HDD untuk membantu anda memahami jenis dan pilihan yang terbaik.

Sejak akhir-akhir ini, pembeli PC mempunyai sangat banyak pilihan berkenaan dengan storan fail yang terdapat dalam laptop, ultrabook atau desktop mereka. Jika anda membeli ultrabook atau ultraportable, anda mungkin akan memperolehi SSD sebagai pemacu utama ( C: pada Windows, Machintosh HD pada Mac).

Setiap Komputer atau laptop yang keluar daripada kilang mempunyai HDD. Sekarang anda boleh menyelaraskan sistem anda dengan pemasangan storan HDD atau SSD, atau juga boleh dipasang kedua-duanya sekali. Disitu anda dapat mengetahui kelebihan dan kekurang antara satu sama lain.

Saiz dan Berat

Komponen atau bahan yang terdapat pada HDD, seperti platter, head, dll sangat berpengaruh terhadap saiz atau dimensi serta berat dari HDD itu sendiri. Kerana teknologi HDD sangat bergantung pada pusingan cakera, hal ini membuat batasan seberapa kecil HDD dapat dihasilkan. Sedangkan SSD terbebas dari batasan tersebut, sehingga saiz SSD dapat disusutkan seiring dengan perkembangan zaman.


SSD yang tersedia sekarang adalah 2.5 inci, itu bererti SSD ini hanya diperuntukan untuk kegunaan laptop. Seiring dengan semakin kecilnya saiz komputer riba dan semakin banyaknya pengguna PC tablet untuk melayari web, anda akan melihat kemampuan SSD yang dapat menyesuaikan diri dengan mudah dengan saiz laptop / tablet.

Komponen dan Prinsip Kerja

HDD tersusun atas komponen mekanik dan elektronik.

Bahagian mekanikal HDD terdiri daripada piring, motor dan lengan yang bersambung ke piring. Proses penulisan dan pembacaan data dilakukan dengan melalui proses mekanik di mana cakera dimainkan oleh motor dan hujung dari lengan yang dihubungkan kepada komponen elektronik yang mrmproses (baca dan tulis) data, melekat pada cakera yang berputar dan melakukan aktiviti penulisan dan pembacaan data.

Secara umum, proses pengolahan data HDD dilakukan atau berlaku kerana sinergi antara aktiviti mekanikal dan elektrik. SSD dalam memproses data, menulis dan membaca data tidak disokong oleh proses mekanik, dalam SSD tidak ada komponen mekanikal seperti motor dan lengan serta cakera yang berputar.

Pada SSD hanya terdapat komponen elektronik seperti Intergrated Circuit atau IC, micro cip dan komponen elektronik penyokong lain seperti kapasitor. Semua proses pembacaan dan penulisan data dilakukan secara elektrik sama seperti proses yang berlaku pada Flashdisk dan memori RAM.

Kelajuan Baca dan Tulis Data

Pada bahagian inilah SSD menunjukan perbezaan yang sangat ketara. Kelajuan baca tulis SSD bahkan 8 kali lebih cepat berbanding dengan HDD. PC yang dipasang SSD boleh proses booting dalam hitungan detik, pastinya tidak melebihi 1 minit. Sedangkan waktu yang diperlukan HDD lebih lama bergantung kepada tujuan, dan yang pasti tidak lebih cepat bila dibandingkan dengan SSD.

Salah satu faktor penyebabnya adalah SSD tidak menggunakan cakera berputar atau faktor mekanikal sangat menyekat kemampuan elektronik dari HDD.

Kesan yang timbul

HDD menerapkan unsur mekanikal, sehingga menghasilkan kesan sampingan yang buruk antara lain:

a. Panas yang berlebihan
b. Penggunaan kuasa elektrik yang tinggi
c. Pusingan motor dan piringan menimbulkan suara noise yang tinggi

Pada SSD, kerana tidak mempunyai unsur mekanikal maka kesannya adalah:

a. Panas atau suhu SSD tidak setinggi HDD.
b. Penggunaan kuasa elektrik sangat kecil, SDD cukup memerlukan daya kurang dari 1 watt sedangkan HDD memerlukan kuasa yang mencapai lebih dari 10 watt
c. Tidak ada putaran motor dan piringan membuat SDD sama sekali tidak bising.

Fragmentasi

Kerana bentuknya yang berpilin, HDD sangat baik untuk menyimpan fail-fail yang bersaiz besar yang terletak pada blok yang berdekatan. Dan apabila kapasiti HDD mula penuh, fail-fail yang sudah tersimpan berselerak, inilah yang dikenali sebagai fragmentasi.

Kesan dari fragmentasi ialah turunnya prestasi dari HDD itu sendiri. Dalam keadaan ini, untuk memulihkan prestasi dari HDD, biasanya kita melakukan defrag untuk memulihkannya. Sedangkan pada SSD kita tidak perlu pening memikirkan persoalan tentang fragmentasi kerana data disimpan pada cip flash.

Harga

SSD dijual dengan harga yang sangat mahal per GB-nya. Mahalnya harga SSD boleh mencapai 9 kali ganda bila dibandingkan dengan HDD.




Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahuN





TESTIMONI


Dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)

di bawah adalah beberapa Macbook Pro yang telah dibaiki oleh kami.








































No comments: