Apple : Upgrade kepada OS X El Capitan



Terdapat begitu banyak sebab untuk upgrade kepada OS X El Capitan. Anda akan mendapat akses kepada ciri-ciri baru yang akan membuatkan Mac anda lebih cekap dan menyeronokkan. Dan upgrade adalah satu-satunya cara untuk memastikan bahawa anda mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini dan peningkatan prestasi. Tambahan pula, Ia percuma dan ia adalah mudah.

ADAKAH MAC ANDA BOLEH RUN EL CAPITAN?


Mac yang diperkenalkan pada tahun 2009 keatas, dan beberapa model tahun 2007 dan 2008, boleh upgrade kepada El Capitan.

Model-model Mac yang serasi dengan OS X El Capitan:

MacBook (awal 2015)
MacBook (lewat 2008 aluminium, atau awal 2009 atau lebih baru)
MacBook Pro (Mid / lewat 2007 atau lebih baru)
MacBook Air (lewat 2008 atau lebih baru)
Mac mini (awal 2009 atau lebih baru)
iMac (Mid 2007 atau lebih baru)
Mac Pro (awal 2008 atau lebih baru)
Xserve (awal 2009)

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai model Mac anda, klik ikon Apple di bahagian atas sebelah kiri skrin anda, pilih About This Mac, kemudian pilih More Info. 




Anda hanya perlu memastikan Mac anda bersedia.



Jika Mac anda sedang menggunakan OS X Snow Leopard (v10.6.8) atau yang terbaru, anda boleh upgrade terus kepada El Capitan.


Upgrade adalah percuma dan mudah daripada apa yang anda fikirkan.

Lawati halaman OS X El Capitan pada Mac App Store. Klik butang muat turun dan ikuti arahan pada skrin untuk memulakan upgrade anda. Jika anda tidak mempunyai akses jalur lebar, anda boleh menaik taraf Mac anda di mana-mana Outlet Ok Computer Solution.

Testimoni




































































































No comments: