KOSMO! :- OK COMPUTER SOLUTION BIMBING ORANG MUDA TERAJUI PERNIAGAAN



Ok Computer Solution mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Akhbar Kosmo! Isnin 11 Januari 2016 kerana sudi menyiarkan artikel mengenai kami. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok Computer Solution adalah sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan komputer riba khususnya berjenama Apple, bakal menambah lima lagi cawangan baharu pada tahun ini.
Buat masa ini, syarikat yang telah beroperasi sejak 2012 telah memiliki 10 buah cawangan yang diuruskan oleh 10 usahawan muda.
Pengasas syarikat, Muhammad Luqman Ayob berkata, lima cawangan itu akan turut diuruskan oleh usahawan baharu yang cekal dan bersemangat tinggi yang mana sebelum itu mereka perlu bekerja serta mengikuti pelbagai latihan dibawah bimbingannya sekurang-kurangnya selama enam bulan.
"Lokasi baharu yang sedang dinal pasti ialah Putrajaya, Kuantan,Pahang, Kuala Terengganu, Kelantan, Alor Setar,kedah" katanya ketika ditemui disini baru-baru ini.
 Muhammad Luqman merupakan salah seorang usahawan berjaya hasil bimbingan daripada syarikat Jutawan.com, yang mana ia merupakan syarikat yang menyediakan perkidmatan secara menyeluruh bagi membimbing usahawan baharu dalam bidang perniagaan.
Beliau menjelaskan, graduan yang berminat dalam bidang perniagaan ini dialu-alukan menyertainya kerana ia berpotensi dan mereka bakal menjana perolehan lebih daripada RM30,000 sebulan bagi setiap cawangan.


"Namun sebelum itu mereka perlu menjalani latihan intensif yang benar-benar menguji mental dan fizikal selain menawarkan gaji minima serendah RM1500, bagaimanapun ilmu yang diperolehi nanti bakal mematangkan serta membolehkan mereka menguruskan perniagaan dengan baik termasuk daripada aspek pengendalian kewangan, operasi, dan pembangunan modal insan.
"Meskipun telah memiliki cawanagan sendiri, tetapi mereka akan beroperasi secara berangkaiandan mesyuarat setiap bulan akan turut diadakan bagi membolehkan kumpulan ini berbincang serta bertukar-tukar pelbagai masalah dan rintangan yang dihadapi, 
"Formula ini telah berjaya dan ianya terbukti dengan kelahiran 10 usahawan muda yang berumur antara 23 hingga 28 tahun yang mampu berdikari, mengubah kehidupan mereka serta mengalakkan mereka mengadaptasi formula yang sama untuk melatih usahawan baharu dibawah cawangan masing-masing,"jelasnya.

Mereka yang berminat untuk menjadi usahawan dibawah bimbingan Ok Computer Solution, boleh menghubungi melalui

e-mel: info@okcomputersolution.net.

No comments: