PROJEK AMAL OK COMPUTER SOLUTION

Sejak tahun 2014, Ok Computer solution telah melancarkan suatu program yang dinamakan sebagai OK CHARITY SOLUTION.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membantu gelandangan dalam mendapatkan keperluan asas seharian dan menerapkan semangat tanggungjawab serta rendah diri terhadap kekurangan orang lain.
Program ini telah dijalankan secara berkala atas kerjasama semua ahli yang menyertai program ini iaitu daripada pengasas ok computer solution , rakan kongsi, pekerja serta rakan-rakan.
Jumlah gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur dikatakan semakin meningkat. Mengikut kajian Datuk Bandar pada tahun lalu, semasa itu ada kira-kira 600 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Namun beliau mengakui pertambahan jumlah gelandangan di ibu kota itu. Menurut bancian DBKL, kini ada kira-kira 1,500 hingga 2,000 gelandangan di Kuala Lumpur setiap hari.
Kawasan tertentu sekitar ibu negara menjadi tempat berkeliaran golongan gelandangan. Kawasan yang menjadi tumpuan mereka ialah Hentian Puduraya, Kompleks Daya Bumi, kompleks Kotaraya, Cahaya Suria di Jalan Tun Perak dan kawasan lapang perhentian bas di Jalan Tun Tan Cheng Lock serta di beberapa tempat lain di kota, seperti di Chow Kit dan juga kawasan sekitar. 
Ditulis oleh Harakah

Jelas sekali, gelandangan juga manusia dan mempunyai hak mereka untuk terus hidup di bumi ini. Tiada siapa yang mengetahui nasib diri masing-masing. Semuanya telah tertulis di Luft Mahfuz.

 Jika hari ini bergelar jutawan, siapa tahu esok hari menjadi gelandangan. Siapa pun kita, status yang ada bukanlah kekal dan ingatlah roda sentiasa berpusing, sama seperti kehidupan yang kita miliki, kerana sesiapa pun boleh bergelar orang gelandangan. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Klik disini untuk hantar email anda





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GAMBAR SEKITAR PENGAGIHAN PAKAIAN DAN MAKANAN KEPADA GELANDANGAN



No comments: