THROWBACK - TECHDAY 2015 ANJURAN TOURISM MALAYSIA



PUTRAJAYA - 29 May 2015. Terima kasih kami ucapkan kepada Tourism Malaysia kerana telah menjemput Ok Computer Solution dalam jayakan Techday 2015 yang diadakan di dewan serbaguna Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, presint 5.

Techday 2015 ini adalah satu persidangan digital anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, ianya bertujuan memberi pendedahan berkaitan Microsoft Skype for Business, OneDrive dan Microsoft Office 2013 kepada kakitangan teknikal yang disampaikan oleh Zawiyah Ahmad yang merupakan salah seorang pakar dalam pengendalian Microsoft office 2013 ( Microsoft Office Specialist Master 2013 ) .


Kami sangat berbesar hati apabila Ok Computer Solution diberi satu booth secara percuma untuk kami kongsikan tips dan cara penjagaan laptop kepada kakitangan kerajaan. Malah bukan itu sahaja kami juga turut memberi nasihat dan menjawab persoalan permasalahan laptop mereka tanpa sebarang bayaran yang dikenakan.

Booth Ok Computer Solution
Melihat video proses service laptop
Seorang pelanggan sedang memeriksa spec laptop 


Gambar sekitar Techday 2015

- Penerangan tentang penjagaan laptop dan menjawab permasalahan laptop oleh staf kami -



















Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana menjemput Ok COmputer Solution ke Techday 2015 ini. Semoga industri pelancongan terus subur dan semakin memberangsangkan. 

Sesi penyampaian sijil oleh wakil Tourism malaysia

#Techday2015 #TourismMalaysia #okcomputersolution #okcs  


No comments: