APPLE : Pengguna OS X 10.11.4 keluh masalah login iMessage dan Facetime


Update OS X El Capitan terbaru iaitu 10.11.4 yang dilengkapkan dengan ciri-ciri sokongan di iOS 9.3, khabarnya terdapat masalah kepada beberapa pengguna semasa login iMessage dan Facetime. Hal ini kebanyakkannya terjadi kepada Mac yang baru dibeli atau pemasangan OS X yang baru.
Berita yang disiarkan MacRumors ini menyebutkan bahawa beberapa pengguna mengalami kekangan semasa pengaktifan akaun iMessage dan Facetime.
Gambar daripada macrumors

Pasukan Apple Support juga sudah memberi cadangan kepada pengguna yang mengalami masalah ini dengan logout iCloud dan mematikan ciri two-factor authentication . Malangnya hal ini tidak juga berhasil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Gambar daripada macrumors
Walau bagaimana pun, masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Salah seorang staff Apple Genius yang melayani pembelian MacBook Pro baru dari pembaca MacRumors mengatakan bahawa masalah ini lebih kepada akses pelayan Apple. Perbaikannya akan segera dijalankan dan diharapkan dapat menyelesaikan masalah tersebut.


No comments: