KEJI: Ranscam, Ransomware jenis baru yang terus memadam fail mangsanya

Ancaman Ranscam
Ranscam merupakan antara ancaman keselamatan terkini yang muncul setelah kewujudan ransomware membuat onar di dalam dunia teknologi hari ini. Berbeza dengan ransomware yang bertindak meminta bayaran bagi membolehkan pengguna mendapatkan kembali fail-fail yang telah dikunci oleh penjenayah, ranscam bertindak dengan lebih keji dengan memadamkan terus fail-fail mangsanya.
Berkemungkinan tidak mempunyai kepakaran untuk mengunci dan membuka fail-fail yang dijangkitinya, penjenayah-penjenayah ranscam menggunakan taktik licik mengugut untuk memadam fail-fail mangsa satu persatu sehigga wang tebusan yang dituntut telah dibayar.
Walaubagaimanapun, penjenayah ranscam lebih kejam dari penjenayah ransomware kerana tak kira sama ada mangsa dapat membayarnya atau tidak, fail-fail yang sudah dijangkiti ranscam sememangnya tidak dapat dipulihkan kembali selama-lamanya.
Badan penyelidik keselamatan Talos Security Intelligence and Research Group milik Cisco merupakan di antara pihak terawal yang mengesan aktiviti jenayah siber ini. Pihak penyelidik turut mendapati penjenayah ranscam menyediakan helpdesk bagi membantu para mangsa-mangsanya membayar melalui Bitcoin.
Para pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berurusan secara atas talian dan tidak memuat turun sebarang fail dari laman-laman yang diragui tahap keselamatannya agar dapat menghindari serangan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sesetengah pihak gemar mengambil kesempatan terhadap kejahilan sesetengah pengguna demi kepentingan diri dan untuk menjadi cepat kaya tanpa memikirkan kesan moral dan perikemanusian. Oleh itu, berhati-hatilah dan jadilah pengguna yang bijak.
Sumber berita diperoleh dari Ranscam
Credit : http://anakaskarpencen.com/blog/2016/07/ranscam-ransomware-jenis-baru/
Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut, call/whatsapp kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi

KENAPA ANDA PERLU REPAIR DENGAN KAMI "OK COMPUTER SOLUTION"

SIAPA OK COMPUTER SOLUTION??

Merupakan syarikat yang membekal dan membaiki yang telah berdaftar dengan IPO yang telah menggembirakan pengguna-pengguna laptop dan macbook pada tahun 2008 sehingga sekarang.


MENGAPA PILIH OK COMPUTER SOLUTION??










Kami juga mudah di hubungi :
    
        


   #kami mempunyai 12 cawangan di semenanjung Malaysia

No comments: