New Adapter Magsafe For Macbook Pro 17″





Jenis Adapter: Original Equipment Manufactured (OEM)
Output Voltage (s):
18.5 V
Max:
85W
Adapter adalah baru dari kilang.
Bukan refurbish,bukan 2nd hand,bukan tipu

Apakah ciri adapter yang sesuai untuk laptop anda?

Adapter kuasa untuk komputer riba Apple berasaskan Intel boleh didapati dalam 45W, 60W, 85W. Walaupun anda perlu sentiasa menggunakan penyesuai watt yang sesuai untuk komputer riba Apple anda, anda boleh juga menggunakan watt yang lebih tinggi tanpa sebarang isu.
Sebagai contoh Jika anda mempunyai MacBook (13 inci lewat 2009) yang biasanya menggunakan penyesuai 60W, anda juga boleh menggunakan penyesuai 85W dengan komputer itu. Namun anda tidak akan boleh menggunakan 45W pada komputer itu, kerana ia tidak akan memberikan kuasa yang mencukupi untuk MacBook itu.
Menggunakan penyesuai watt lebih tinggi daripada penyesuai yang dikhaskan untuk komputer tersebut tidak akan menyebabkan komputer anda untuk mengecas yang lebih cepat daripada menggunakan penyesuai yang dikhaskan untuk komputer.
Bagaimana power adapter boleh merosakkan laptop anda
Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau aliran arus elektrik yang sesuai baginya. Tidak semua laptop mempunyai kadar voltan atau aliran elektrik yang sama. Bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan.
Perkara ini disebabkan setiap kompenen yang berada didalam sebuah laptop itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi.
Akibat dari salah pilih adapter
-LCD/LED screen akan mudah rosak
-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat
-Chipset mudah rosak
-Motherboard mudah terbakar
-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna
-Bateri akan mudah rosak
Universal adapter vs Original/Replacement adapter

Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.
Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.
*Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil. Kami OK Computer Solution perihatin tentang laptop anda.

KENAPA ANDA PERLU REPAIR DENGAN KAMI "OK COMPUTER SOLUTION"

SIAPA OK COMPUTER SOLUTION??

Merupakan syarikat yang membekal dan membaiki yang telah berdaftar dengan IPO yang telah menggembirakan pengguna-pengguna laptop dan macbook pada tahun 2008 sehingga sekarang.


MENGAPA PILIH OK COMPUTER SOLUTION??


















Kami juga mudah di hubungi :

    
        


   #kami mempunyai 12 cawangan di semenanjung Malaysia

No comments: