TIPS PENJAGAAN BATERI IPHONE | OKCS DAMANSARA

5 PERKARA YANG JANGAN ANDA LAKUKAN DALAM TIPS PENJAGAAN BATERI IPHONE DARI OKCS DAMANSARA


Hi, hakak dari OKCS Damansara kembali lagi dan masih dalam topik IPHONE. Kenapa nak ngupas-ngupas pasal iPhone eh? Takda modal ek? Uish buat apa la nak borak takda modal, Ni hakak nak share supaya kita ada 'knowledge' tentang tips penjagaan bateri iPhone !
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Nama yang tertera tiada kaitan dengan yang hidup atau mati)

Raju : Wah! Mer dah pakai iphone la kau.

Mer : Uish mestilah. Tapi aku ada masalah sikit la dengan iPhone ni.


Raju : Kenapa Mer? What happen to you? 


Mer : Jangan la poyo sangat speaking dengan aku. Ni ha, aku punya iphone cepat habis bateri. Ada tak tips penjagaan bateri iPhone ?


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesti pernah kan cakap pasal bateri iPhone cepat habis bateri. Tapi tau ke sebab sebab nya?

Memiliki iPhone memang menyeronokkan, tahukah anda ada sebab bateri iPhone cepat habis bateri. iPhone memang terkenal dengan kualiti fungsinya, ia juga sukar untuk mengalami masalah kelancaran apabila menggunakannya. Namun demikian, bateri iPhone juga senang rosak atau lebih pendek umurnya jika kita salah menggunakannya. 

iPhone

1. Jangan Guna sehingga habis atau 0% bateri

Ada pendapat mengatakan baik untuk cas bateri bila smartphone anda betul-betul kehabisan bateri, tips penjagaan bateri iphone ini salah. Sepatutnya bateri harus di cas dari lingkungan 15-30 % jika anda tetap menggunakan sehingga mencapai 2-0 % menyebabkan bateri anda perlu bekerja kuat dan memendekkan usianya.

2. Jangan biarkan iPhone menyala lama

Untuk pengetahuan, paparan pada skrin dan kamera menggunakan kuasa yang tinggi. Nyalaan pengcahayaan berskala besar ini meningkatkan suhu dan penggunaan kuasa bateri. Bateri akan cepat panas dan penggunaan pada suhu tinggi memendekkan usianya. Anda perlu berhati-hati terutama berkaitan setting nyalaan skrin, mungkin ada aplikasi yang anda terinstall menggangu setting nyalaan screen anda.

3. Jangan gunakan iPhone pada suhu melampau


Suhu yang melampau dimaksudkan sebagai terlalu panas atau terlalu sejuk. Anda perlu tahu, peranti elektronik sangat sensitif, suhu yang melampau memberikan cabaran kepada bateri untuk berfungsi. Penggunaan ketika suhu melampau membuatkan bateri cepat mengalami masalah. Untuk mengelakkan berlaku suhu melampau, anda boleh menggunakan aplikasi yang mengesan suhu bateri dan anda dapat berwaspada dengan suhu iPhone anda. Selain itu, bermain permainan game yang lama juga boleh meningkatkan suhu bateri.

4. Jangan gunakan wi-fi dan Bluetooth kerap

Sebenarnya kedua fungsi ini juga penting, kalau boleh ada yang ingin sentiasa membuka 2 fungsi ini. Sebenarnya jika anda terlalu kerap menggunakan 2 fungsi ini juga boleh memberi tekanan kepada iPhone dan bateri anda. Hal ini kerana, 2 fungsi ini mempunyai fungsi utama lain iaitu mencari network/ device berdekatannya. Walaupun anda sedang tidur ia akan sentiasa mencari di kawasan berdekatanya. Bayangkan betapa penat bateri anda melakukan kerja dan mungkin bleh memendekkan hayat bateri anda.


5. Jangan biarkan skrin iPhone anda terlalu cerah

Seperti yang dimaklumkan dalam tips penjagaan bateri iPhone sebelum ini, skrin adalah komponen paling banyak mempunyai sistem cahaya dan penggunaan pencahayaan lebih 50% dari badan iphone itu sendiri. Sifat cahaya ialah mengeluarkan haba dan skrin pula dekat dengan bateri Iphone anda. Ianya hanya bersebelahan dan dilapis oleh lapisan litar. Penggunaan pencahayaan kecerahan 100% maksimum sangat tidak sesuai, apa yang lebih baik jika anda menggunakan kurang dari 80% dan paling baik anda gunakan sekitar 50%. Jika anda ingin mudah, anda boleh set kan auto brightness supaya ia automatik cerah di kawasan luar rumah dan lebih malap di kawasan gelap.

kredit : ZonCyber

So, korang dah baca kan? Dah tau kan sikit pasal punca kenapa iPhone cepat habis bateri. Cer share kat member yang selalu 'ngomel-ngomel' pasal bateri iPhone dia mengenai tips penjagaan bateri iPhone dari OKCS Damansara ini. Takkan nak hado knowledge sengsorang ye dok?





Ada masalah dengan iPhone anda?

Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi OKCS Damansara melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang



Editor,
Zaim Halib

No comments: