Artis 'Bikin Panas' di OKCS Damansara Perdana

Jangan terkejut ye, memang betul ada artis 'bikin panas' di OKCS Damansara Perdana. 

Siapa artis tu? Famous ke? Popular sangat ke sampai nak 'bikin panas' di sini? tengok dulu gambar beliau. 


Image result for zuan azmi melodi
(Sumber : Google)


Kalau korang yang gemarkan rancangan melodi, mesti korang kenal dengan artis 'bikin panas' yang tak lain tak bukan Zuan Azmi!

Ye betul, Cik Zuan Azmi datang ke OKCS tapi untuk apa? nak buat kecoh ke kat sini? eh bukaaaaaan!!! 

Bukan sesama sekali ye, sebenarnya Cik Zuan Azmi datang untuk baiki iPhone 6 beliau. Mesti tertanya kan apa yang terjadi dengan iPhone 6 beliau? sebenarnya battery iPhone 6 Cik Zuan Azmi dah rosak.  Jom ikuti perbualan kami. 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(Sumber: Whatsapp OKCS)

Abaikan typo ye. Tau apa yang jadi selepas tu? Cik Zuan Azmi terus datang ke kedai OKCS! 

Sampai je di OKCS, terus bagi iphone 6 beliau. Mula-mula staff kami terkejut sebab tak sangka dan sangat tak sangka yang ws kami tu adalah seorang artis. Fuhh terasa hot babe. 

Rupa-rupanya battery beliau memang punyai masalah. Kita minta 15 minit je dari Cik Zuan Azmi untuk tukar battery nya. Beliau setuju. Sambil tunggu tu kita borak-borak la sikit kan. Tanya betul ke dari melodi? Ni ke yang selalu 'bikin panas' tu? Dan macam macam lagi soalan kami tanya. Harap cik Zuan Azmi tak bosan layan karenah staff OKCS. Hehehe. 

Zzzzup! 15 minit dah cukup, iPhone 6 Cik Zuan Azmi selamat tukar battery. Cik Zuan Azmi happy, Kami pun banyak happy! 


Jap jap. ada gambar lagi.

Sumber : OKCS Damansara Perdana
Segak tau Cik Zuan niiii badan ketaq sama dengan Founder OKCS di sebelah beliau. Sama sama segak kan? hihi. 


Jadi tunggu apa lagi? Artis 'bikin panas' dah datang. Anda bila lagi? 



📣📣 PENGUMUMAN PENTING 📣📣

(Encik Mokhtar)


Sekali lagi pihak OKCS ingin memaklumkan bahawa Encik Mokhtar (seperti di dalam gambar) sudah tidak berkerja dan tidak mempunyai apa-apa urusan bersama OKCS sejak JUN 2016.



Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai LAPTOP / PC / IPHONE / IPAD anda boleh contact kami di 012 365 3285 (whatsapp) atau 03 7731 6761 (office)

iPhone 5 Screen Replacement

Klik di sini untuk langkah iPHONE 5S SCREEN REPLACEMENT IN 15 MINUTES

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam mana kita nak detect yang screen kita problem? 


1. Tak boleh touch 
2. Screen Crack 

3. Screen tiada backlight 
4. Screen ada jalur-jalur 
5. Screen warna lain (dah tak betul warna nya) 
6. Screen ada black dot 
7. Phone berbunyi tetapi tiada display 


Berdasarkan pengalaman anda, anda pernah mengalami masalah-masalah seperti di atas? Pernah? Apakah tindakkan yang anda ambil? Takpe, kami dah biasa dengan jawapan "biar je".

Di bawah ini ada video pendek yang kita ambil. iPhone 5 yang mengalami masalah pertama iaitu CANNOT TOUCH. Bila dah tak boleh touch ni, semua benda payah kan? nak jawab call tak boleh, nak off phone tak boleh. Macam-macam lagi la! 


(Sumber : FACEBOOK OKCS)


Ini iphone 5 kepunyaan Cik Farid. Setelah di soal selidik, begini rupanya kisah bagaimana iPhone beliau boleh jadi masalah macam ini. 

Kisah : 

Pada hari Isnin yang lalu, Cik Farid nak main iphone 5 yang dah lama di tinggalkan (sebab ada dua phone) jadi dia on iphone tersebut. Ada display TETAPI TAKBOLEH NAK TOUCH! Masalah tau bila takleh nak touch. Dah macam-macam cara Cik Farid guna. Contoh : Restart phone. Masih tak boleh. Disebabkan tidak boleh nak off, Cik Farid mengambil keputusan untuk biar sampai bateri habis. 

Selepas dua tiga hari kemudian, Cik Farid mengambil keputusan untuk hantar iphone ke kedai OK Computer Solution di Damansara Perdana. Cik Farid ceritakan dari a hingga z mengenai masalah iPhone 5 ini. Cik Farid kata dia nak guna semula iPhone 5 ini. Macam biasa, kami beri harga yang berpatutan kepada semua pelanggan kami. Dengan segera Cik Farid setuju dan kami minta 15 minit untuk tukar skrin beliau. 

Jom ikuti langkah yang ada : 

1. Buka skru pada bahagian bawah dengan menggunakan screwdriver khas.


(SUMBER: OKCS HQ)

2. Guna suction cup (pengangkat LCD) untuk angkat skrin tersebut. Kalau guna suction cup yang besar macam nak buka skrin imac nanti skrin yang nak angkat ni boleh pecah kaw kaw. 


(SUMBER: OKCS HQ)


3. Begini ye rupa bila dah buka. Jangan kepak (kampung sgt bahasa aku) ke belakang, nanti ribbon rosak. 


(SUMBER: OKCS HQ)

3.Buka segala skru yang ada. TAPI sebelum tu pastikan bahawa bateri dah cabut dulu ye. Start skru bahagian bawah baru naik atas. Jangan langkah bendul.


(SUMBER: OKCS HQ)


4.Angkat skrin slow slow. Jangan sampai ribbon rosak.
Kemudian buka skru pada bahagian tepi (seperti dalam gambar) sebab kita memerlukan itu.
Kegunaan dia untuk pegang LCD tu tau. Kalau beli LCD dekat luar memang takda bagi yang tu.
SKRU JANGAN BAGI HILANG! TAKDA GANTI DAH!


(SUMBER: OKCS HQ)
(SUMBER: OKCS HQ)


5. Buka skru pada ribbon yang ada pada skrin lama. Ribbon tersebut pun kita perlukan untuk letak dekat LCD yang baru. Agak "rare" sikit ye nak dapatkan ribbon tu.  Front camera pun bukak. 


(SUMBER: OKCS HQ)
6.Pasang semula holder LCD dan ribbon pada LCD yang baru. Nak bagitau fasa yang ini agak mencabar ye. Memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi menggunung ibarat gunung kinabalu mahupun fuji. Tak caye ke?


(SUMBER: OKCS HQ)

(SUMBER: OKCS HQ)


7.Pasang semula skru-skru yang dah dicabut pada mula tadi dan jangan lupa pasang bateri. Sebelum nak pasang skru bawah sekali (lihat gambar pertama) cuba try test hidupkan dahulu iPhone tersebut. Nak tengok hidup ke tidak. Kang kalau problem nak kena buka balik dah payah dan skrin ni kalau banyak kali buka tutup untuk tukar dan sebagainya, boleh crack balik tau! Sangat sensitif.


(SUMBER: OKCS HQ)

HASIL KAMI


(SUMBER: OKCS HQ)


(Sumber: YOUTUBE OKCS)


Setelah kurang daripada 15 minit proses tukar skrin ini berjalan, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cik Farid gembira, kami pun gembira! Meh lanje muka Cik Farid. 



(SUMBER: OKCS HQ)



Terima kasih OKCS ucapkan kepada Cik Farid kerana telah memilih OKCS untuk baiki iPhone 5 Cik Farid.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------







iPhone 5s Screen Replacement


Ajaib lah kan kalau handphone seseorang tu tak pernah mengalami sebarang masalah? Lagi-lagi dapat pulak pengguna yang hardcore, ganas gila, yang tiap kali pakai phone mesti ada masalah bukan mesti, tapi wajib ada masalah. Pernah tak tengah nak letak phone tu boleh pulak phone terjatuh ataupun tengah pegang phone terlanggar atau terhentak dekat dinding etc ? 


(Sumber : Google)

Malu babe muka kacak lawa dah tapi phone screen crack. Retak segaris takpe lagi, kalau dapat yang retak seribu tu macam dalam gambar ni? diri sendiri nak tengok phone pun rasa malu dan menyampah. Menyampah tu jangan cerita la, tu memang confirm sumpah seranah. 

Jom ikut kisah Miss Wided (nama orang) hantar iPhone 5s dekat OKCS untuk tukar skrin. 


(sumber : Facebook OK Computer Solution)


Kisah : 

Pada petang minggu lepas, Miss Wided tengah syok-syok main iPhone dia tetiba tah camna boleh terlepas dari tangan. Dah terlepas tu mesti la jatuh ke bumi yang nyata ni. Cepat-cepat Miss Wided ambik phone yang ada kat lantai tile tadi dan belek keadaan phone nya. Sekali skrin retak weh! 

Bila skrin retak, automatic hati retak jugak. Syukur retak tak effect dekat motherboard. Disebabkan Miss Wided pernah tukar screen iPad 2 dekat OKCS HQ di Damansara Perdana, dia terus telefon kami di 012 365 3285 tanya tentang harga untuk tukar skrin iPhone 5S. Kami bagi harga yang murah, berpatutan dan mampu untuk semua pelanggan kami. Miss Wided setuju dengan harga yang kami bagi. 

Miss Wided datang ke OKCS dengan segera nya dan terus hulur ke kami iPhone 5S beliau. Mujur stock masih ada, kita minta Miss Wided tunggu sebentar dalam 15 minit. Ye, TUKAR SKRIN 15 MINIT. Miss Wided meminta supaya upacara tukar skrin dibuat secara face-to-face. Tidak menjadi masalah ye awak-awak. 

Jom ikuti langkah tukar skrin : 

(Sumber : OKCS HQ)

1. Buka skru pada bahagian bawah dengan menggunakan screwdriver khas. 

(Sumber : OKCS HQ)
2. Hati-hati bila buka tu, takut terbuka hati saya sekali. Eh? Bukan, takut skru hilang. Skru kecik comel je tu. 

(Sumber : OKCS HQ)

3. Guna suction cup (pengangkat LCD) untuk angkat skrin tersebut. Kalau guna suction cup yang besar macam nak buka skrin imac nanti skrin yang nak angkat ni boleh pecah seribu dua ribu tiga ribu.

(Sumber : OKCS HQ)

(Sumber : OKCS HQ)
4. Buka segala skru yang ada. TAPI sebelum tu pastikan bahawa bateri dah cabut dulu ye. Start skru bahagian bawah baru naik atas. Jangan langkah bendul.

(Sumber : OKCS HQ)
5.  Angkat skrin slow slow. Jangan sampai ribbon rosak.
Kemudian buka skru pada bahagian tepi (seperti dalam gambar) sebab kita memerlukan itu.
Kegunaan dia untuk pegang LCD tu tau. Kalau beli LCD dekat luar memang takda bagi yang tu.
(Sumber : OKCS HQ)
6. Buka skru pada ribbon yang ada pada skrin lama. Ribbon tersebut pun kita perlukan untuk letak dekat LCD yang baru. Agak "rare" sikit ye nak dapatkan ribbon tu. 

(Sumber : OKCS HQ)
7. Pasang semula holder LCD dan ribbon pada LCD yang baru. Nak bagitau fasa yang ini agak mencabar ye. Memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi menggunung ibarat gunung kinabalu mahupun fuji. 

(Sumber : OKCS HQ)
 8. Pasang semula skru-skru yang dah dicabut pada mula tadi dan jangan lupa pasang bateri. Sebelum nak pasang skru bawah sekali (lihat gambar pertama) cuba try test hidupkan dahulu iPhone tersebut. Nak tengok hidup ke tidak. Kang kalau problem nak kena buka balik dah payah dan skrin ni kalau banyak kali buka tutup untuk tukar dan sebagainya, boleh crack balik tau! Sangat sensitif.

(Sumber : OKCS HQ)

HASIL KAMI

(Sumber: OKCS HQ)



Setelah kurang daripada 15 minit proses tukar skrin ini berjalan, Alhamdulillah semua nya okay. Terus kita panggil Miss Wided untuk ambil phone beliau. Dia punya senyum fuhhhh kemain sampai telinga tau! 




"Thank you OKCS for your good service and affordable price! I will come again" - Miss Wided