iPhone 5 Screen Replacement

Klik di sini untuk langkah iPHONE 5S SCREEN REPLACEMENT IN 15 MINUTES

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam mana kita nak detect yang screen kita problem? 


1. Tak boleh touch 
2. Screen Crack 

3. Screen tiada backlight 
4. Screen ada jalur-jalur 
5. Screen warna lain (dah tak betul warna nya) 
6. Screen ada black dot 
7. Phone berbunyi tetapi tiada display 


Berdasarkan pengalaman anda, anda pernah mengalami masalah-masalah seperti di atas? Pernah? Apakah tindakkan yang anda ambil? Takpe, kami dah biasa dengan jawapan "biar je".

Di bawah ini ada video pendek yang kita ambil. iPhone 5 yang mengalami masalah pertama iaitu CANNOT TOUCH. Bila dah tak boleh touch ni, semua benda payah kan? nak jawab call tak boleh, nak off phone tak boleh. Macam-macam lagi la! 


(Sumber : FACEBOOK OKCS)


Ini iphone 5 kepunyaan Cik Farid. Setelah di soal selidik, begini rupanya kisah bagaimana iPhone beliau boleh jadi masalah macam ini. 

Kisah : 

Pada hari Isnin yang lalu, Cik Farid nak main iphone 5 yang dah lama di tinggalkan (sebab ada dua phone) jadi dia on iphone tersebut. Ada display TETAPI TAKBOLEH NAK TOUCH! Masalah tau bila takleh nak touch. Dah macam-macam cara Cik Farid guna. Contoh : Restart phone. Masih tak boleh. Disebabkan tidak boleh nak off, Cik Farid mengambil keputusan untuk biar sampai bateri habis. 

Selepas dua tiga hari kemudian, Cik Farid mengambil keputusan untuk hantar iphone ke kedai OK Computer Solution di Damansara Perdana. Cik Farid ceritakan dari a hingga z mengenai masalah iPhone 5 ini. Cik Farid kata dia nak guna semula iPhone 5 ini. Macam biasa, kami beri harga yang berpatutan kepada semua pelanggan kami. Dengan segera Cik Farid setuju dan kami minta 15 minit untuk tukar skrin beliau. 

Jom ikuti langkah yang ada : 

1. Buka skru pada bahagian bawah dengan menggunakan screwdriver khas.


(SUMBER: OKCS HQ)

2. Guna suction cup (pengangkat LCD) untuk angkat skrin tersebut. Kalau guna suction cup yang besar macam nak buka skrin imac nanti skrin yang nak angkat ni boleh pecah kaw kaw. 


(SUMBER: OKCS HQ)


3. Begini ye rupa bila dah buka. Jangan kepak (kampung sgt bahasa aku) ke belakang, nanti ribbon rosak. 


(SUMBER: OKCS HQ)

3.Buka segala skru yang ada. TAPI sebelum tu pastikan bahawa bateri dah cabut dulu ye. Start skru bahagian bawah baru naik atas. Jangan langkah bendul.


(SUMBER: OKCS HQ)


4.Angkat skrin slow slow. Jangan sampai ribbon rosak.
Kemudian buka skru pada bahagian tepi (seperti dalam gambar) sebab kita memerlukan itu.
Kegunaan dia untuk pegang LCD tu tau. Kalau beli LCD dekat luar memang takda bagi yang tu.
SKRU JANGAN BAGI HILANG! TAKDA GANTI DAH!


(SUMBER: OKCS HQ)
(SUMBER: OKCS HQ)


5. Buka skru pada ribbon yang ada pada skrin lama. Ribbon tersebut pun kita perlukan untuk letak dekat LCD yang baru. Agak "rare" sikit ye nak dapatkan ribbon tu.  Front camera pun bukak. 


(SUMBER: OKCS HQ)
6.Pasang semula holder LCD dan ribbon pada LCD yang baru. Nak bagitau fasa yang ini agak mencabar ye. Memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi menggunung ibarat gunung kinabalu mahupun fuji. Tak caye ke?


(SUMBER: OKCS HQ)

(SUMBER: OKCS HQ)


7.Pasang semula skru-skru yang dah dicabut pada mula tadi dan jangan lupa pasang bateri. Sebelum nak pasang skru bawah sekali (lihat gambar pertama) cuba try test hidupkan dahulu iPhone tersebut. Nak tengok hidup ke tidak. Kang kalau problem nak kena buka balik dah payah dan skrin ni kalau banyak kali buka tutup untuk tukar dan sebagainya, boleh crack balik tau! Sangat sensitif.


(SUMBER: OKCS HQ)

HASIL KAMI


(SUMBER: OKCS HQ)


(Sumber: YOUTUBE OKCS)


Setelah kurang daripada 15 minit proses tukar skrin ini berjalan, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cik Farid gembira, kami pun gembira! Meh lanje muka Cik Farid. 



(SUMBER: OKCS HQ)



Terima kasih OKCS ucapkan kepada Cik Farid kerana telah memilih OKCS untuk baiki iPhone 5 Cik Farid.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------







No comments: