MASALAH BERKAITAN RAM DEKSTOP


RAM OOO RAM…


Perrgggghh tajuk.. tak boleh tahan.. korang jangan ingat Ram penyanyi pula.. Meh kami terang sikit apa itu RAM..
RAM atau nama penuhnya Random Access Memory merupakan satu komponen wajib ada pada desktop atau laptop bagi melancarkan proses penyimpanan sementara. Semangkin besar saiz RAM, semakin laju la Komputer atau laptop anda.



 
Komputer yang mengalami masalah ram

Ni kami nak cerita sikit. Pada 6 Jun 2017, pagi-pagi lagi dalam jam 10 pagi,dah ada seorang pelanggan datang ke OKCS. Nama dia En.Razali..
Dia mengadu pada staff kami yang computer dia bila on je ada bunyi “Beep..Beep”
Staff kami pun serahkan desktop tersebut pada yang pakar iaitu Abg N..
Abg N pun check, buat siasatan & bedah siasat ke atas desktop tersebut.
Setelah dikenalpasti, masalah tersebut  berpunca daripada RAM.
Kadang-kadang RAM rosak adalah disebabkan oleh habuk yang terlalu banyak atau RAM tersebut memang dah rosak dan tidak berfungsi lagi..
Sekiranya RAM tidak ditukar, ia akan effect kepada komponen lain.. Uiii parah tu kalau komponen lain berjangkit.. baik-baik kos tukar RAM sahaja, tup-tup kena tukar barang lain pula..
Siapa yang rugi? Anda dan poket anda juga yang rugi kan???
Jadi En.Razali pun tanpa berlengah bersetuju untuk kami tukarkan RAM beliau dengan RAM yang baru, malah suruh upgrade lagi..katanya nak bagi laju. Senang nak buat kerja..
Setelah selesai tukar, kami pun test desktop tersebut didepan En.Razali sendiri sebelum beliau bawa pulang,
Wah.. memang beliau puas hati la sebab desktop dah ok, makin laju pula tu..
Lega hati kami dapat memuaskan hati pelanggan-pelanggan OKCS..
Ada cara DIY yang boleh anda buat sendiri dirumah sekiranya ia berlaku pada desktop anda..
Macam mana tu???
Proses penukaran ram baru







Senang je, anda keluarkan RAM yang ada pada desktop, kemudian ambil pemadam pensil dan cuba gosokkan pada RAM tersebut. Kemudian pada semula RAM pada desktop dan cuba hidupkan semula desktop anda.. Selesai… mudah kan?

Selamat mencuba.

Contoh Ram rosak


Sekiranya computer anda mengalami tanda-tanda seperti di atas,
Sila back up semua data penting anda di dalam external hard disc sebagai langkah berjaga-jaga..
Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan.
Biar putih tulang, jangan putih mata..

Semoga info ini dapat membantu anda.

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

📲 Whatsapp direct guna link ni >>> 

📲 Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya

📱Hotline :

0377316761

atau 

0123653285


Penulis : Syafry

No comments: