PC TAK BOLEH CONNECT INTERNET | OKCS DAMANSARA

SEBAB PC TAK BOLEH CONNECT INTERNET DAN PENYELESAIAN DARI OKCS DAMANSARA


Seorang pelanggan kami datang ke OKCS Damansara kerana beliau geram tidak boleh melihat Sukan Sea #KL2017 yang sedang berlangsung di sekitar negara kita hari ini. Katanya PC tak boleh connect internet . Pelbagai perkara telah dilakukan seperti cabut, pasang balik kabel, disable, enable balik adapter namun tetap tak berjaya. Dah banyak acara sukan yang terlepas. Rumah pula tiada televisyen.

PC tak boleh connect internet setelah dicuba berkali-kali.


Technician kami di OKCS Damansara dengan segera melakukan free checking. Rupa-rupanya port kabel internet (RJ-45 port) PC tersebut dah rosak. Patutlah PC tak boleh connect internet . Kalau dibiarkan, boleh terlepas semua sukan yang sedang berlangsung. Lepak mamak pun bola sepak je yang ada. Kalau nak ke tempat acara sukan tu diadakan, jauh juga perjalanannya. Dah sampai stadium pun tiket habis dijual, buat letih beratur sahaja.

Port RJ45 yang didapati rosak.


Technician kami di OKCS Damansara mencadangkan komputernya dipasang NIC iaitu Network Interface Card agar masalah PC tak boleh connect internet selesai. Mungkin ada sesetengah yang tak kenal NIC ni apa. Boleh tengok gambar dibawah. Tempoh kami ambil untuk repair masalah ini tidaklah lama. 1-3 hari bergantung kepada stok yang kami ada. Kalau stok ada tak sampai 15 minit pun kami buat. Kosnya boleh rujuk di kedai kami terlebih dahulu. Nyatakan butir maklumat komputer anda seperti jenama, model dan lain-lain.

NIC baru yang akan dipasang di motherboard.


Beliau sangat gembira kerana selepas ini dapatlah tengok Sukan Sea secara online di komputer kembali. Lebih-lebih lagi, beliau kini boleh menyambungkan komputernya ke internet dengan dua pilihan samada menggunakan kabel ataupun secara wireless (Wi-Fi) dan tiada lagi masalah PC tak boleh connect internet

Komputer berjaya disambungkan ke internet.



Bagaimana ingin berurusan dengan OKCS?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang


Penulis,
Zaim Halib

No comments: