REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TIADA DISPLAY KERANA PROCESSOR BERMASALAH

Pelanggan kami datang ke OKCS Damansara Perdana kerana komputernya bermasalah. Apabila dihidupkan, semua berfungsi secara normal seperti kipas berpusing, lampu LED menyala tetapi tiada paparan pada monitor. Beliau berasa sangat cemas kerana komputer tersebut hanyalah pinjaman dari rakannya untuk bermain permainan video dirumah selama beberapa minggu.

Skrin tidak mengeluarkan sebarang paparan.


Masalah ini kemungkinan berlaku disebabkan oleh RAM, Display Card, Processor dan lain-lain bermasalah. Technician kami melakukan diagnose pada komputer tersebut untuk mengetahui masalah sebenar. Setelah mengikut carta alir diagnose yang ditetapkan oleh OKCS, Processor komputer beliau didapati sebagai punca yang menyebabkan komputer tersebut tidak berfungsi. Kerosakan processor biasanya terjadi kerana Overclocking, Overheating, Electrical Power Surge dan mungkin juga usianya yang telah begitu lama digunakan tanpa diselenggara. Jika tindakan tidak diambil, komputer tersebut memang tidak boleh digunakan kerana processor ibarat OTAK bagi komputer. Beliau juga takut dimarahi kawannya jika komputer ini dipulangkan dalam keadaan begini. Silap haribulan, talian persahabatan yang telah terjalin sekian lama pun boleh putus. Tenang.. OKCS sedia membantu.

Kipas,LED dan lain-lain berfungsi.

Apa yang OKCS lakukan hanyalah dengan menukar Processor sahaja. Hantar sahaja ke cawangan kami. Perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh 1-3 hari bergantung atas stok barang gantian yang diperlukan. Harganya pula perlu dilihat apa spesifikasi yang mahu digunakan. Boleh hubungi kami untuk mengetahui harga terlebih dahulu.

Processor baru yang akan dipasang.


Pelanggan kami sangat bersyukur kerana beliau tak perlu bergaduh dengan kawannya dan boleh pulangkan semula komputer ini seperti mana yang dipinjam tempoh hari. Beliau juga sangat berpuas hati dengan servis dari OKCS yang mesra pelanggan dan sedia membantu apa jua masalah pelanggan. Pihak OKCS menasihati beliau agar tidak bermain permainan video terlalu lama tanpa pengudaraan yang baik didalam komputer. Pastikan heatsink, suhu dipantau secara berkala. 

Komputer berjaya dihidupkan.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni >>> 
>>> https://www.wasap.my/60123653285 (Customer Service OKCS HQ)
📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

No comments: