LAPTOP PALING TERBAIK 2017 / BEST LAPTOP 2017


DELL XPS 13 : LAPTOP TERBAIK 2017

Spesifikasi Ringkas Dell XPS 13

CPU: 2.7GHz Intel Core i7-7500U (dual-core, 4MB cache, up to 3.5GHz)
Graphics: Intel HD Graphics 620
RAM: 8GB LPDDR3 (1,866MHz)
Screen: 13.3-inch QHD+ (3,200 x 1,800) InfinityEdge touch display
Storage: 256GB PCIe SSD
Ports: 1 x USB 3.0, 1 x USB 3.0 w/PowerShare, 1 x USB-C (Thunderbolt 3), SD card reader, headset jack
Connectivity: Killer 1535 802.11ac (2.4 & 5GHz); Bluetooth 4.1
Camera: 720p widescreen HD webcam with dual array digital microphones
Weight: 2.9 pounds (1.29kg)
Size: 11.98 x 7.88 x 0.33 – 0.6 inches (W x D x H) (304 x 200 x 9 – 15mm)

Pros :

  1. Tempoh penggunaan kuasa bateri yang agak lama
  2. Jarak Wi-Fi yang jauh 
  3. Banyak port yang disediakan berbanding laptop-laptop saingannya
  4. Selesa digunakan
  5. Pilihan warna rose-gold yang menarik
  6. Menggunakan carbon-fiber pada dek

Cons :

  1. Kedudukan webcam yang pelik
  2. Tidak nipis dan ringan berbanding sesetengah saingannya.

Pendapat ramai menyatakan Dell XPS 13 mempunyai jangka hayat bateri yang panjang, prestasinya yang laju dan liputan Wi-Fi yang kuat.


Port:

  • Menyediakan semua port yang diperlukan
  • 2 port USB3.0
  • SD Card Reader
  • Headphone Jack
  • USB Type-C (Thunderbolt 3 support)
  • XPS 13 juga boleh dicas melalui USB Type-C


Untuk perbandingan, HP Spectre mempunyai 3 port USB Type-C dan Macbook 12 inci hanya mempunyai satu port USB Type-C ( tak boleh support Thunderbolt 3).


Paparan:

Anda ada dua pilihan jika menggunakan Dell XPS 13, dan kedua-duanya sangat mengagumkan. Pilihan pertama, Full HD, model bukan touch screen dengan resolution 1920 x 1080. Pilihan kedua, model Quad-HD touchscreen dengan resolution yang tinggi iaitu 3200 x 1800 pixel.


Bunyi

Speaker stereo pada XPS 13 sangat kuat, tapi bunyinya agak kasar sedikit jika audio dimainkan pada volume yang maksimum.  

Keyboard dan Touchpad

Menaip menggunakan XPS 13 memang sangat selesa. Ketinggian setiap kekunci hanya 1.2 mm. Ianya lebih rendah dari HP Spectre yang mana ketinggiannya ialah 1.3mm.


Touchpad-nya pula sangat lah lancar dan tepat.

Prestasi 

     

Dell XPS 13 7th Generation i5-7200U

Dell XPS 13i7-7200U (Kaby Lake)


RAM

8GB

8GB

Kapasiti Storage

256GB

256GB

Paparan

1080p

3200 x 1800 (touchscreen)

Jenis storage

Hard Disk Drive (HDD)

Solid State Drive (SSD)


Bacaan Benchmark Multithreading Dell XPS 13 (Spek berbeza)

Prestasi Grafik

Dell XPS 13 dengan menggunakan kad Intel HD Graphic 620, dengan selamba sahaja telah dicuba memainkan permainan video Dirt 3. Dengan Xbox controller yang digunakan, memang syok habis.

WiFi

Untuk pengujian dilakukan, XPS 13 dan MacBook diletakkan atas meja yang sama. Kemudian, kedua-dua diuji menggunakan perisian NetSpot (perisian yang menyelidik rangkaian tanpa wayar dan mengukur kekuatan signal). Hasilnya, XPS 13 memperolehi markah sebanyak 42% pada band 2.5 GHz dan 23% pada band 5 GHz. Manakala, MacBook memperolehi 37% pada band 2.5 GHz, 20% pada band 5 GHz.

Webcam/Kamera Web

Kelemahan terbesar pada XPS 13 ialah webcam. Ianya bukan kerana kualiti gambarnya. Tetapi kedudukan kameranya yang terletak dibahagian bawah skrin (sebelah kiri), aneh bukan? Oleh kerana tiada ruang diatas skrin, pihak Dell terpaksa menempatkan kameranya disitu. Kalau nak ambil gambar tu, kena la adjust position anda bagi nampak elok sikit gambar tu.


Hayat Bateri

Setelah diuji, versi non touchscreen boleh bertahan sehingga 13 jam 49 minit melayari laman web dengan screen brightness ditetapkan kepada 100%.

Jika anda seorang yang sangat mementingkan jangka hayat bateri, kami rasa anda perlu berfikir 2,3 kali untuk membeli XPS 13 versi touchscreen kerana ianya hanya mampu bertahan selama 9 jam 11 minit sahaja. Kurang 4 jam 30 minit berbanding versi non touchscreen.

Pros :

  1. Tempoh penggunaan kuasa bateri yang agak lama
  2. Jarak Wi-Fi yang jauh 
  3. Banyak port yang disediakan berbanding laptop-laptop saingannya
  4. Selesa digunakan
  5. Pilihan warna rose-gold yang menarik
  6. Menggunakan carbon-fiber pada dek

Cons :

  1. Kedudukan webcam yang pelik
  2. Tidak nipis dan ringan berbanding sesetengah saingannya.





Penulis,
Zaim Halib







REPAIR APPLE IMAC : WAP AIR DALAM SKRIN IMAC

Apple iMac pelanggan kami bermasalah pada skrin. Didalam skrinnya terdapat wap air yang kelihatan sangat besar. Beliau sangat rasa terganggu kerana kerja - kerjanya melibatkan editing yang mana memerlukan beliau melihat setiap hasil kerjanya dengan teliti bagi memenuhi kehendak client. Beliau meminta OK Computer Solution Damansara Perdana, Petaling Jaya agar baiki iMac beliau dan hentikan wap air dari terus mengganggu skrin pada masa akan datang.

Wap air kelihatan pada skrin. 

Antara penyebab wap air terhasil di skrin adalah kerana terlebih panas (overheat). Overheat terjadi bila iMac tidak diservis dalam jangka masa yang lama. Tahukah anda? Berapa kalikah iMac perlu diservis? Jawapannya ialah 6 bulan 1 kali. Pelanggan kami telah menggunakan iMac tersebut selama beberapa tahun tanpa diservis. Jika masalah wap air yang mengganggu itu dibiarkan, ianya boleh mendatangkan kerosakan yang lebih teruk dan perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar bagi membaiki kerosakan yang akan berlaku nanti.

Penyelesaiannya, OK Computer Solution Petaling Jaya melakukan servis pada iMac beliau. Ia hanya mengambil masa 1-3 hari jika tidak memerlukan sebarang alat gantian. Manakala kosnya pula boleh dirujuk dimana-mana cawangan yang anda perlukan perkhidmatannya.


Pelanggan tersebut berasa sangat lega kerana selepas ini tiada lagi gangguan yang menghalangnya membuat kerja-kerja editing di pejabat. Wap di skrin iMac beliau sudahpun hilang dan tidak akan muncul lagi kecuali tidak diservis selepas 6 bulan digunakan.


Bagaimana hendak menghubungi kami?

Anda boleh menghubungi kami melalui:
  • Office: 03 7731 6761
  • Email: info@okcomputersolution.net

REPAIR APPLE IMAC : IMAC TIDAK BOLEH DIHIDUPKAN (CANNOT ON) DISEBABKAN OLEH POWER SUPPLY UNIT TERBAKAR

Apple iMac pelanggan OKCS Petaling Jaya bermasalah tidak boleh dihidupkan. Beliau sangat stress kerana iMac tersebut penting untuk beliau menyiapkan hal-hal pejabatnya.
Ciri-ciri tidak boleh dihidupkan : 
  1. Tiada sebarang respon apabila power button ditekan.
  2. Kipas tidak berpusing.
  3. Tiada sebarang bunyi.
  4. Tiada paparan pada skrin.
  5. Tiada aktiviti bagi HDD dan DVD-Drive.

Selepas proses diagnosis dilakukan, OKCS Petaling Jaya mendapati terdapat kesan terbakar pada Power Supply Unit (PSU), dan itu adalah penyebab masalah tidak boleh dihidupkan berlaku. iMac tersebut tidak akan dapat dihidupkan selagi PSU tersebut tidak diganti.

Kami hanya mengambil masa 1-3 hari sahaja untuk menukar Power Supply Unit tersebut. Namun begitu, tempoh penukaran boleh terganggu jika ketiadaan stok. Lebih baik hubungi mana - mana cawangan kami yang terdekat dengan kawasan anda untuk mendapatkan pengesahan tempoh masa penukaran serta kos yang perlu dikeluarkan.


Alhamdulillah, iMac beliau telah berjaya dihidupkan dan berfungsi dengan lebih baik. Tiada lagi stress kerana selepas ini kerja-kerja beliau boleh disambung seperti biasa semula. 


Bagaimana hendak menghubungi kami?
Anda boleh menghubungi kami melalui:
  • Office: 03 7731 6761
  • Email: info@okcomputersolution.net

REPAIR APPLE iMAC : BUNYI SPEAKER PECAH KERANA SPEAKER ROSAK

iMac pelanggan kami bermasalah pada speakernya. Speaker iMac beliau menghasilkan bunyi yang tidak sedap didengari. Iaitu bunyi pecah. Bunyi pecah tersebut terhasil pada beberapa minggu yang lalu. Kerana stress dengan bunyi yang dihasilkan, beliau mahukan OK Computer Solution Petaling Jaya membaiki iMac miliknya.

Speaker iMac beliau telahpun rosak. Ianya masih boleh mengeluarkan bunyi namun tidak beberapa jelas kedengaran. Punca speaker ini rosak adalah kerana selalu memainkan musik/audio pada volume yang sangat tinggi. 

Speaker yang telah rosak. Perhatikan tengah-tengah speaker tersebut.

Kos untuk menukarnya boleh dirujuk dimana-mana cawangan kami. Tempoh penukarannya hanya mengambil masa 1-3 hari berg
antung kepada queue komputer yang kami perlu siapkan terlebih dahulu.

Speaker baru. Perhati dan bandingkan dengan yang lama. 

iMac tersebut sudah dapat memainkan apa-apa lagu tanpa mengeluarkan bunyi yang pecah dan jelas didengari. Pelanggan kami sangat gembira kerana selepas ini beliau tidak diganggu lagi oleh bunyi yang selalu menyakitkan gegendang telinganya selama ini.


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni
https://goo.gl/rroAAw (Customer Service OKCS HQ)

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER MENGELUARKAN BUNYI BISING BERPUNCA DARI KIPAS PATAH

Salah seorang dari pelanggan kami mengadu masalah komputernya mengeluarkan bunyi yang sangat bising. Ianya berlaku duahari sebelum beliau ke OKCS Damansara Perdana. Bunyi bising yang dihasilkan sangat mengganggu beliau untuk fokus melakukan kerja. Beliau bekerja sebagai penulis novel bebas berhampiran Damansara Perdana. Kerja beliau sudah tentu memerlukan situasi yang tenang dan damai.



Bila kami check pc desktop beliau, kami dapati kipas pada casing yang berfungsi mengeluarkan haba dari dalam pc dekstop ke luar telahpun patah. Jarang juga situasi ini berlaku. Antara puncanya perkara ini berlaku mungkin disebabkan sesuatu benda seperti pen, pensil, mungkin juga binatang seperti cicak atau lain-lain masuk kedalam kipas berkenaan. Jika kipas ini dicabut semata-mata untuk menghilangkan bunyi bising, dalam jangka masa panjang akan mengakibatkan kerosakan lain-lain hardware. Apabila kipas tiada, haba didalam komputer tidak dapat dikeluarkan. Bahaya betul jika dibiarkan.


Sebagai penyelesaian, kipas pc desktop tersebut akan ditukar kepada yang baru. Kosnya boleh dirujuk dimana-mana cawangan OK Computer Solution manakala tempoh penukarannya mengambil masa 1-3 hari bergantung kepada stok yang kami ada.


Setelah dibaiki, pelanggan kami sangat lega kerana beliau tidak akan terganggu lagi oleh bunyi bising ketika beliau menulis novel. Kini, komputernya lebih senyap dan lebih sejuk berbanding sebelumnya. Beliau turut memuji servis kami yang pantas, berkualiti & harga patut.


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP:

Penulis,

REPAIR PC DESKTOP : TAK BOLEH MASUK WINDOWS KERANA HARD DISK ANDA ROSAK

OKCS sekali lagi dikunjungi pelanggan yang datang mengadu masalah tidak boleh memasuki windows selepas komputernya dihidupkan. Dia sangat tertekan kerana banyak kerja-kerja sehariannya tertangguh gara-gara masalah yang menimpa dirinya.
Komputer ini tidak boleh memasuki windows walupun telah dicuba bermacam cara termasuk format.
Komputer tesebut dirujuk oleh technician kami untuk diperiksa. Kos OKCS ambil untuk periksa masalah anda? Percuma sahaja. Tiada apa-apa caj yang akan dikenakan. Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan. Masalah tersebut berpunca dari hard disk miliknya. Antara tanda yang perlu anda tahu mengenai tanda-tanda hard disk akan rosak:

  • Fail hilang 
  • Komputer freeze
  • Corrupted data
  • Bad sector
  • Bunyi bising
Hard Disk lama yang tidak boleh digunakan

Pelanggan kami mengambil keputusan untuk menukar hard disk komputernya kepada yang baru. Kami akan dapat menyiapkan penukaran hard disk dalam tempoh 1-3 hari. Ianya bergantung kepada stok yang ada. Kos pula boleh dirujuk di kedai kami OK Computer Solution kerana kami perlu mengetahui model, jenis serta kapasiti yang diperlukan terlebih dahulu.
Hard disk baru yang akan dipasang.
Selepas selesai proses menukar hard disk. Technician kami melakukan senarai semak ( checklist ) yang mana mengambil kira 20 aspek penting samada berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya. Ini dapat memudahkan pelanggan bagi mengetahui status atau keadaan komputernya yang terkini. Pelanggan kami sangat lega kerana selepas ini kerja-kerjanya boleh disiapkan menggunakan komputer tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan komputer anda diservis secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Komputer berjaya memasuki windows setelah hard disk ditukar

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP:

Penulis,

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TIDAK BOLEH DIHIDUPKAN (CANT ON) SEBAB KABEL KUASA (POWER CORD)...

Seorang pelanggan tetap OK Computer Solution Cawangan Damansara Perdana menceritakan masalah kepada Customer Service OKCS melalui chat di aplikasi WhatsApp mengenai komputernya tidak boleh dihidupkan. Beliau sangat sedih kerana banyak perkara yang perlu dilakukan dengan komputer itu. Cust Service kami yang prihatin cuba dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari pelanggan tetap tersebut bagi mengetahui punca on the spot. Pelanggan menyatakan kipas komputernya tidak berpusing, lampu led pada mana-mana bahagian tidak menyala serta tiada apa-apa bunyi dihasilkan.

Komputer tidak boleh dihidupkan.

Mengikut flow checking yang kami lakukan, kami memeriksa bekalan kuasa terlebih dahulu. Plug yang digunakan berfungsi dengan baik setelah diperiksa sendiri oleh pelanggan menggunakan test pen. Dengan menggunakan test pen juga, pelanggan cuba memeriksa power cord. Hasilnya, lampu pada test pen tidak menyala. Ini menandakan kabel kuasanya (power cord) tidak mengalirkan sebarang arus elektrik. Berdasarkan pemeriksaan mudah ini, kami dapat menyimpulkan bahawa kabel kuasanya telah rosak. Kami mencadangkan beliau menukar kabel kuasa (power cord) beliau. Jika tidak ditukar, komputer tersebut memang tidak akan dapat dihidupkan.

Kabel lama.

Kami menukarkan kabel kuasa (power cord) tersebut dengan yang baru. Penghantaran dibuat melalui pos (postage) kerana pelanggan berada diluar negeri pada ketika ini. Kosnya boleh dirujuk dimana-mana cawangan OKCS manakala tempoh penghantarannya mengambil masa 2-3 hari bergantung kepada stok yang kami ada.

Kabel baru.

Beliau sangat gembira kerana dapat menggunakan desktop pc miliknya untuk buat perkara yang diinginkan kembali. Komputernya kini dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh OKCS. Selain berpuas hati dengan bantuan seumur hidup yang kami sediakan, beliau juga memuji kepantasan kami dalam menyelesaikan masalahnya. Kami juga berterima kasih kepada beliau kerana mempercayai perkhidmatan kami. Tak lupa juga kepada abang posmen yang cepat melakukan kerjanya.
Komputer berjaya dibaiki.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP:

Penulis,

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER SLOW KERANA PROCESSOR PANAS

Komputer seorang pelanggan kami dihantar ke OK COMPUTER SOLUTION Damansara Perdana, Petaling Jaya melalui postage untuk servis. Beliau sangat kecewa dengan prestasi komputernya yang sangat SLOW setelah dihidupkan lebih dari setengah jam. Agak sukar baginya untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabat dirumah jika perkara ini berlarutan. Beliau terbaca di artikel kami mengenai testimoni pelanggan dan juga pengalaman kedai kami membaikpulih serta servis yang hampir 10 tahun lamanya kemudian mengambil keputusan memilih kedai kami untuk membantu masalahnya.

Semua application yang dibuka akan mngeluarkan paparan not responding.

Setelah kami diagnose komputernya, kami dapati processor pada komputernya cepat panas. Processor adalah ibu bagi segala komponen yang mana memproses segala data keluar dan masuk dari komponen lain. Jika tidak dicegah, processsor akan rosak jika dibiarkan masalah ini berlarutan. Kos bagi mengganti processor sahaja sudah tentu menelan belanja yang besar berbanding mencegahnya dari rosak. Bak kata orang, lebih baik mencegah dari merawat.
Processor dikeluarkan dan dicuci.

Kemudian, technician kami membuka heatsink pada processor dan mendapati thermal paste pada processor sudah mengeras. Ini adalah sebab kenapa processsor tersebut panas. Apa yang perlu dilakukan, technician kami akan cuci dan servis. Senang bukan? Bukannya mengambil masa yang lama pun. Penyelesaian yang mudah namun dapat menyelamatkan wang anda dari membayar kos membaikpulih kerosakan pada masa akan datang. Nasib baik beliau bertindak dengan bijak dan cepat untuk servis komputernya di OKCS.

Thermal paste replacement

Pelanggan kami sangat berterima kasih dengan apa yang OKCS lakukan terhadap komputernya. Sekarang, masalah SLOW seperti yang dikatakannya dulu sudah selesai. Senang lah beliau menyiapkan kerja pejabat dirumah sekarang tanpa sebarang gangguan.

Siap boleh buka youtube lama-lama lagi. Dah tiada masalah slow.


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP:

Penulis,

REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER TIADA PAPARAN (NO DISPLAY) KERANA BIOS PROBLEM

OK Computer Solution Damansara Perdana , Petaling Jaya menerima seorang pelanggan dimana masalahnya ialah komputer syarikat beliau tiada paparan setelah dihidupkan. Beliau sangat stress kerana tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Beliau bekerja sebagai juruteknik komputer di syarikat itu. Kebiasaannya, komputer yang rosak dan tidak boleh dibaiki oleh beliau akan ditukar dengan yang baru oleh syarikat. Namun, kerana umur komputer tersebut yang masih baru, beliau terpaksa mencari jalan agar komputer tersebut dapat berfungsi seperti biasa semula. Komputer tersebut adalah milik pengurusnya, sudah tentu ia perlu diselesaikan segera. Jika mengarapkan pada warranty, ianya mungkin mengambil masa sebulan dua untuk diselesaikan. 

Tiada paparan pada skrin.

Desktop pc tersebut dianalisa oleh juruteknik kami dan hasilnya ialah komputer tersebut mempunyai masalah pada BIOS. Ini disebabkan oleh penukaran Windows yang dilakukannya. Beliau telah downgrade OS komputer berkenaan dari Windows 10 ke Windows 7 kerana permintaan pengurusnya. Tindakan tersebut membuatkan BIOS dekstop pc itu rosak (faulty). Jika tidak dibaiki, komputer tersebut tidak akan boleh digunakan.

Kipas berpusing dan LED menyala namun tiada respon pada skrin.

Beliau meminta kami lakukan apa sahaja untuk menyelesaikan kerosakan tersebut. Technician kami melakukan flash BIOS pada desktop pc itu. Tempoh untuk disiapkan hanya mengambil masa dalam sehari sahaja. Kosnya pula hanya RM50. 
Mesin yang digunakan untuk flash BIOS

Beliau sangat gembira kerana masalahnya dapat diselesaikan. Beliau sangat sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami yang pantas, jujur dan berkualiti. Kami disini ingin menasihati semua PENGGUNA DESKTOP PC / KOMPUTER / KOMPUTER RIBA / LAPTOP agar mendapatkan nasihat pakar sebelum melakukan perubahan pada komputer yang melibatkan perkara yang besar seperti Operating System. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke CUSTOMER SERVICE kami yang sedia membantu.

Komputer berjaya dihidupkan selepas dibaiki.



BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP:

Penulis,