REPAIR PC DESKTOP : TIADA PAPARAN (NO DISPLAY) DISEBABKAN OLEH KABEL VGA/DVI BERMASALAH

OK Computer Solution sentiasa bersedia untuk mengembirakan anda. Baru-baru ini, kami dikunjungi oleh seorang pelanggan yang berasal dari negeri Kelantan. Beliau baru sahaja berpindah ke Selangor kerana urusan kerja. Urusan pindah rumah sangatlah sukar lagi-lagi jika melibatkan barangan berkaca, berharga serta barangan elektrik. Apa yang dialami oleh beliau ialah, selepas komputernya dipasang dirumah baru, ianya tidak mengeluarkan apa-apa paparan pada skrin. Beliau sangat kecewa kerana komputernya masih boleh digunakan dengan sangat baik sebelum berpindah. Kerana hairan serta bimbang, beliau menghantarnya ke OKCS untuk membantu masalahnya yang kebetulan berhampiran dengan rumahnya.


Tiada paparan pada skrin.

Seperti rutin, technician kami melakukan diagnos terlebih dahulu untuk mengetahui apakah punca sebenar masalah yang berlaku. Hasilnya, didapati masalah hanya berpunca dari kabel VGA sahaja. Punca kabel VGA selalu rosak adalah disebabkan oleh:-
  • Kabel digulung dengan salah. 
  • Ditindih oleh benda lain.
  • Tak disimpan ditempat yang betul
  • Kena gigit tikus pun ada.
  • Kabel tak berkualiti. 

Kabel VGA yang rosak.

Kami menggantikan kabel beliau dengan yang baru. Tempoh pasang? Kami yakin semua dah tahu pasang kabel ni. Kosnya pula mengikut panjang yang diperlukan. Jika berminat, hubungi kami dan nyatakan berapa panjang kabel yang anda perlukan (ukuran menggunakan unit Meter). Kami juga boleh pos jika anda terlalu jauh dari kedai kami atau tiada masa lapang untuk datang kesini.

Kabel VGA baru.

Akhirnya, pelanggan kami sangat gembira setelah mengetahui komputernya masih berfungsi seperti biasa. Rupa-rupanya kabel sahaja yang rosak. Beliau bimbang juga kalau kalau komponen lain yang rosak, sudah tentu menelan belanja yang banyak bukan?. Beliau juga mengaku wayar berkenaan digulung secara memaksa untuk dimasukkan ke kotak yang kecil bagi menjimatkan ruang semasa proses pindah rumah hari itu. Nasihat kami, kendalikan komputer secara cermat. Kendali cermat, duit selamat.


Monitor mengeluarkan paparan setelah kabel ditukar.


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni
>>> https://goo.gl/rroAAw (Customer Service OKCS HQ)

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,




No comments: