LAPTOP PALING TERBAIK 2017 / BEST LAPTOP 2017


DELL XPS 13 : LAPTOP TERBAIK 2017

Spesifikasi Ringkas Dell XPS 13

CPU: 2.7GHz Intel Core i7-7500U (dual-core, 4MB cache, up to 3.5GHz)
Graphics: Intel HD Graphics 620
RAM: 8GB LPDDR3 (1,866MHz)
Screen: 13.3-inch QHD+ (3,200 x 1,800) InfinityEdge touch display
Storage: 256GB PCIe SSD
Ports: 1 x USB 3.0, 1 x USB 3.0 w/PowerShare, 1 x USB-C (Thunderbolt 3), SD card reader, headset jack
Connectivity: Killer 1535 802.11ac (2.4 & 5GHz); Bluetooth 4.1
Camera: 720p widescreen HD webcam with dual array digital microphones
Weight: 2.9 pounds (1.29kg)
Size: 11.98 x 7.88 x 0.33 – 0.6 inches (W x D x H) (304 x 200 x 9 – 15mm)

Pros :

  1. Tempoh penggunaan kuasa bateri yang agak lama
  2. Jarak Wi-Fi yang jauh 
  3. Banyak port yang disediakan berbanding laptop-laptop saingannya
  4. Selesa digunakan
  5. Pilihan warna rose-gold yang menarik
  6. Menggunakan carbon-fiber pada dek

Cons :

  1. Kedudukan webcam yang pelik
  2. Tidak nipis dan ringan berbanding sesetengah saingannya.

Pendapat ramai menyatakan Dell XPS 13 mempunyai jangka hayat bateri yang panjang, prestasinya yang laju dan liputan Wi-Fi yang kuat.


Port:

  • Menyediakan semua port yang diperlukan
  • 2 port USB3.0
  • SD Card Reader
  • Headphone Jack
  • USB Type-C (Thunderbolt 3 support)
  • XPS 13 juga boleh dicas melalui USB Type-C


Untuk perbandingan, HP Spectre mempunyai 3 port USB Type-C dan Macbook 12 inci hanya mempunyai satu port USB Type-C ( tak boleh support Thunderbolt 3).


Paparan:

Anda ada dua pilihan jika menggunakan Dell XPS 13, dan kedua-duanya sangat mengagumkan. Pilihan pertama, Full HD, model bukan touch screen dengan resolution 1920 x 1080. Pilihan kedua, model Quad-HD touchscreen dengan resolution yang tinggi iaitu 3200 x 1800 pixel.


Bunyi

Speaker stereo pada XPS 13 sangat kuat, tapi bunyinya agak kasar sedikit jika audio dimainkan pada volume yang maksimum.  

Keyboard dan Touchpad

Menaip menggunakan XPS 13 memang sangat selesa. Ketinggian setiap kekunci hanya 1.2 mm. Ianya lebih rendah dari HP Spectre yang mana ketinggiannya ialah 1.3mm.


Touchpad-nya pula sangat lah lancar dan tepat.

Prestasi 

     

Dell XPS 13 7th Generation i5-7200U

Dell XPS 13i7-7200U (Kaby Lake)


RAM

8GB

8GB

Kapasiti Storage

256GB

256GB

Paparan

1080p

3200 x 1800 (touchscreen)

Jenis storage

Hard Disk Drive (HDD)

Solid State Drive (SSD)


Bacaan Benchmark Multithreading Dell XPS 13 (Spek berbeza)

Prestasi Grafik

Dell XPS 13 dengan menggunakan kad Intel HD Graphic 620, dengan selamba sahaja telah dicuba memainkan permainan video Dirt 3. Dengan Xbox controller yang digunakan, memang syok habis.

WiFi

Untuk pengujian dilakukan, XPS 13 dan MacBook diletakkan atas meja yang sama. Kemudian, kedua-dua diuji menggunakan perisian NetSpot (perisian yang menyelidik rangkaian tanpa wayar dan mengukur kekuatan signal). Hasilnya, XPS 13 memperolehi markah sebanyak 42% pada band 2.5 GHz dan 23% pada band 5 GHz. Manakala, MacBook memperolehi 37% pada band 2.5 GHz, 20% pada band 5 GHz.

Webcam/Kamera Web

Kelemahan terbesar pada XPS 13 ialah webcam. Ianya bukan kerana kualiti gambarnya. Tetapi kedudukan kameranya yang terletak dibahagian bawah skrin (sebelah kiri), aneh bukan? Oleh kerana tiada ruang diatas skrin, pihak Dell terpaksa menempatkan kameranya disitu. Kalau nak ambil gambar tu, kena la adjust position anda bagi nampak elok sikit gambar tu.


Hayat Bateri

Setelah diuji, versi non touchscreen boleh bertahan sehingga 13 jam 49 minit melayari laman web dengan screen brightness ditetapkan kepada 100%.

Jika anda seorang yang sangat mementingkan jangka hayat bateri, kami rasa anda perlu berfikir 2,3 kali untuk membeli XPS 13 versi touchscreen kerana ianya hanya mampu bertahan selama 9 jam 11 minit sahaja. Kurang 4 jam 30 minit berbanding versi non touchscreen.

Pros :

  1. Tempoh penggunaan kuasa bateri yang agak lama
  2. Jarak Wi-Fi yang jauh 
  3. Banyak port yang disediakan berbanding laptop-laptop saingannya
  4. Selesa digunakan
  5. Pilihan warna rose-gold yang menarik
  6. Menggunakan carbon-fiber pada dek

Cons :

  1. Kedudukan webcam yang pelik
  2. Tidak nipis dan ringan berbanding sesetengah saingannya.





Penulis,
Zaim Halib







No comments: