REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER DESKTOP PERLAHAN (SLOW) KERANA WINDOWS YANG DIGUNAKAN TIDAK SESUAI

Kami di OK Computer Solution Damansara Perdana menerima seorang pelanggan yang mempunyai masalah slow ketika menggunakan komputernya. Beliau baru sahaja menaiktaraf (upgrade) operating system (OS) dari Windows 7 ke Windows 10. Pada mula-mula penggunaan Windows 10 tersebut, semuanya berjalan lancar sehinggalah masalah SLOW itu muncul. Beliau rasa amat kecewa dengan prestasi komputer desktopnya sekarang ini.


Untuk menyelesaikan masalah beliau. Pihak kami melakukakn ujilari (test run) untuk mengetahui masalah yang sebenar. Hasilnya, kami dapati Windows yang beliau gunakan tidak sesuai dengan spesifikasi komputer desktop berkenaan. Jika tidak dilakukan sesuatu, masalah akan berterusan sehingga mendatangkan kerosakan pada hardware. Ianya ibarat bot yang membawa pelarian dengan muatan diluar kemampuannya, risiko untuk karam amat tinggi bukan?? Jimatkan wang anda dengan memastikan dekstop pc anda sentiasa berada dalam keadaan baik.

Sebagai penyelesaian, Windows dekstop pc tersebut perlu di 'downgrade' kepada OS versi lama. Kami masukkan OS Windows 7 sebagai pengganti. OS Windows 7 adalah lengkap dari segi feature yang diperlukan oleh pengguna biasa. User interface yang ringkas dan stabil memastikan keselesaan kepada pengguna. Tempoh untuk kami downgrade, upgrade, format backup atau format clean tidaklah lama. Ianya hanya mengambil masa 1-3 hari bergantung kepada queue masalah pelanggan lain yang kami perlu selesaikan. Kos untuk downgrade kepada Windows 7 berharga RM50. Kami juga akan memasukkan perisian (software) asas seperti Microsoft Office, antivirus, Adobe Photoshop, Adobe Reader, CCleaner & Net Framework. Kami juga menyediakan free checking bagi komputer yang bermasalah melibatkan 20 elemen penting supaya anda ketahui status desktop pc anda.

Pelanggan kami sangat gembira dengan prestasi komputernya sekarang. Dengan menggunakan Windows 7, hardware komputernya tidak terbeban lagi dan pantas bila digunakan. Kami juga menasihati beliau untuk menukar Hard Disk Drive (HDD) desktop pc nya kepada Solid State Drive (SSD) untuk mendapatkan prestasi yang lebih pantasss.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni
>>> https://goo.gl/rroAAw (Customer Service OKCS HQ)

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

No comments: