REPAIR APPLE IMAC : TIADA PAPARAN (NO DISPLAY) PADA SKRIN APPLE IMAC KERANA SKRIN APPLE IMAC ROSAK

Apple iMac pelanggan kami bermasalah tidak menghasilkan apa-apa paparan/display pada skrin. Sebaik sahaja iMac beliau dihidupkan, skrin tidak menunjukkan sebarang respon. Beliau sangat stress kerana iMac tersebut adalah aset penting baginya dalam melakukan kerja-kerja rekaan grafik (graphic design).

iMac tiada display bila dihidupkan.

Punca yang menyebabkan tiada paparan pada skrinnya ialah skrin rosak. Skrin tersebut memang wajib ditukar jika iMac tersebut mahu digunakan lagi. Skrin rosak berpunca dari litar pintas. Litar pintas boleh terjadi melalui masalah bekalan elektrik atau berpunca dari minuman/makanan yang terkena pada skrin.

Skrin lama dikeluarkan dari iMac.

Skrin iMac beliau ditukar dengan yang baru. Harganya boleh dirujuk di mana-mana cawangan OK Computer Solution. Tempoh menukar skrin tidak lama, sekitar 1-3 hari sahaja bergantung kepada stok yang ada.

Skrin baru yang akan dipasang pada iMac.

Beliau sangat gembira kerana selepas ini dapatlah beliau membuat kerja-kerja rekaan grafik beliau kembali. Kini, iMac miliknya telah dapat berfungsi dengan baik dengan paparan yang jelas seperti biasa.

iMac kembali mengeluarkan paparan setelah dibaiki.



BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

📲Whatsapp direct guna link ni

📲Kami akan utamakan anda yang whatsapp terus kepada kami

📱Hotline : 
0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

No comments: