REPAIR APPLE IMAC : WAP AIR DALAM SKRIN IMAC

Apple iMac pelanggan kami bermasalah pada skrin. Didalam skrinnya terdapat wap air yang kelihatan sangat besar. Beliau sangat rasa terganggu kerana kerja - kerjanya melibatkan editing yang mana memerlukan beliau melihat setiap hasil kerjanya dengan teliti bagi memenuhi kehendak client. Beliau meminta OK Computer Solution Damansara Perdana, Petaling Jaya agar baiki iMac beliau dan hentikan wap air dari terus mengganggu skrin pada masa akan datang.

Wap air kelihatan pada skrin. 

Antara penyebab wap air terhasil di skrin adalah kerana terlebih panas (overheat). Overheat terjadi bila iMac tidak diservis dalam jangka masa yang lama. Tahukah anda? Berapa kalikah iMac perlu diservis? Jawapannya ialah 6 bulan 1 kali. Pelanggan kami telah menggunakan iMac tersebut selama beberapa tahun tanpa diservis. Jika masalah wap air yang mengganggu itu dibiarkan, ianya boleh mendatangkan kerosakan yang lebih teruk dan perlu mengeluarkan belanja yang lebih besar bagi membaiki kerosakan yang akan berlaku nanti.

Penyelesaiannya, OK Computer Solution Petaling Jaya melakukan servis pada iMac beliau. Ia hanya mengambil masa 1-3 hari jika tidak memerlukan sebarang alat gantian. Manakala kosnya pula boleh dirujuk dimana-mana cawangan yang anda perlukan perkhidmatannya.


Pelanggan tersebut berasa sangat lega kerana selepas ini tiada lagi gangguan yang menghalangnya membuat kerja-kerja editing di pejabat. Wap di skrin iMac beliau sudahpun hilang dan tidak akan muncul lagi kecuali tidak diservis selepas 6 bulan digunakan.


Bagaimana hendak menghubungi kami?

Anda boleh menghubungi kami melalui:
  • Office: 03 7731 6761
  • Email: info@okcomputersolution.net

No comments: