REPAIR PC DESKTOP : KOMPUTER SLOW KERANA PROCESSOR PANAS

Komputer seorang pelanggan kami dihantar ke OK COMPUTER SOLUTION Damansara Perdana, Petaling Jaya melalui postage untuk servis. Beliau sangat kecewa dengan prestasi komputernya yang sangat SLOW setelah dihidupkan lebih dari setengah jam. Agak sukar baginya untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabat dirumah jika perkara ini berlarutan. Beliau terbaca di artikel kami mengenai testimoni pelanggan dan juga pengalaman kedai kami membaikpulih serta servis yang hampir 10 tahun lamanya kemudian mengambil keputusan memilih kedai kami untuk membantu masalahnya.

Semua application yang dibuka akan mngeluarkan paparan not responding.

Setelah kami diagnose komputernya, kami dapati processor pada komputernya cepat panas. Processor adalah ibu bagi segala komponen yang mana memproses segala data keluar dan masuk dari komponen lain. Jika tidak dicegah, processsor akan rosak jika dibiarkan masalah ini berlarutan. Kos bagi mengganti processor sahaja sudah tentu menelan belanja yang besar berbanding mencegahnya dari rosak. Bak kata orang, lebih baik mencegah dari merawat.
Processor dikeluarkan dan dicuci.

Kemudian, technician kami membuka heatsink pada processor dan mendapati thermal paste pada processor sudah mengeras. Ini adalah sebab kenapa processsor tersebut panas. Apa yang perlu dilakukan, technician kami akan cuci dan servis. Senang bukan? Bukannya mengambil masa yang lama pun. Penyelesaian yang mudah namun dapat menyelamatkan wang anda dari membayar kos membaikpulih kerosakan pada masa akan datang. Nasib baik beliau bertindak dengan bijak dan cepat untuk servis komputernya di OKCS.

Thermal paste replacement

Pelanggan kami sangat berterima kasih dengan apa yang OKCS lakukan terhadap komputernya. Sekarang, masalah SLOW seperti yang dikatakannya dulu sudah selesai. Senang lah beliau menyiapkan kerja pejabat dirumah sekarang tanpa sebarang gangguan.

Siap boleh buka youtube lama-lama lagi. Dah tiada masalah slow.


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


HOTLINE 
0125445431

WHATSAPP:

Penulis,

No comments: