REPAIR PC DESKTOP : TIADA PAPARAN (NO DISPLAY) BERPUNCA DARI MOTHERBOARD

Kami di OK Computer Solution Damansara Perdana menerima seorang pelanggan yang mana komputer miliknya apabila dihidupkan tidak mengeluarkan sebarang paparan walaupun kipas didalam komputer tersebut kesemuanya berfungsi. Pelanggan berkenaan amat kecewa kerana komputer tersebut telah banyak berjasa kepada beliau. Dari zaman persekolahan hinggalah ke alam pekerjaan, komputer tersebut sentiasa berbakti kepadanya. Kini, ia telah diserahkan kepada anaknya yang akan menjalani peperiksaan PT3 tahun ini untuk tujuan pembelajaran. Boleh dikatakan komputer turun temurun ni. Namun begitu, masalah yang dihadapi menghalang anaknya untuk membuat revision dimalam hari.

Komputer tidak boleh dihidupkan.

Kami di OKCS sedia membantu. Technician kami melakukan checking secara percuma (bukan pilih kasih ya, tapi memang checking kami bagi free). Kami dapati motherboard tersebut telah pun tidak boleh diguna pakai lagi. Ianya disebabkan oleh habuk yang dibiarkan menapak begitu sahaja didalam komputer tersebut. Teruk bukan akibat apabila komputer tidak diservis secara berkala? Habuk berkumpul dan menyebabkan haba tidak boleh dipindah keluar dari komputer. Apabila haba terkumpul, ia mengakibatkan litar pintas berlaku pada motherboard.

Motherboard lama.

Untuk menyelamatkan komputer beliau, motherboard tersebut ditukar kepada yang baru. Spesifikasi juga telah dinaiktaraf mengikut peredaran masa kini. Kos tukar motherboard boleh didapatkan dikedai kami mengikut spesifikasi yang dimahukan. Tempoh tukar pula bergantung kepada stok yang ada.

Motherboard baru telah dipasang.

Kini, beliau sangat gembira kerana anaknya sudah boleh menggunakan komputer tersebut untuk revision seperti biasa. Anaknya pula senyum sampai ke telinga setelah mengetahui komputernya sudah berfungsi. Lebih-lebih lagi bersama spesifikasi yang lebih laju. Kami sempat juga menasihati beliau agar melakukan servis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Ini dapat menjimatkan kos penyelenggaraan pada masa yang akan datang. Sebelum pulang, anaknya juga sempat bertanya "bagaimana nak install game bola?", belum sempat kami menjawab, ayahnya dengan pantas berkata, "dapatkan result cemerlang dalam PT3, semua game kamu nak ayah akan bagi". Kami semua tersenyum memandang keluarga bahagia tersebut. Terima kasih tuan kerana memilih perkhidmatan dari kami.

Komputer berjaya dibaiki.


BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni

>>> https://goo.gl/rroAAw (Customer Service OKCS HQ)

📱Hotline : 

0377316761 (Office OKCS HQ)

Penulis,

No comments: