APPLE iMAC STUCK ON APPLE LOGO | OKCS

Kami menerima iMac dari seorang pelanggan. iMac tersebut bermasalah sangkut pada logo  apple (iMac stuck on apple logo). Pelanggan kami kecewa kerana laman web miliknya tidak dapat diuruskan tanpa iMac tersebut. Boleh dikatakan laman web tersebut merupakan aset pendapatan yang paling penting baginya.

iMac Stuck on Apple logo


Pakar iMac kami di OK Computer Solution Petaling Jaya menghuraikan masalah iMac  stuck on Apple logo tersebut berpunca dari OS corrupt atau hard disk rosak. Jika pihak kami berjaya format semula, ini bermaksud hard disk tersebut masih elok. Namun setelah dicuba format oleh pakar iMac kami, kami dapati hard disk iMac tersebut telah rosak. Penyelesaiannya, hard disk perlu ditukar baru. Jika tidak ditukar, iMac tersebut tidak akan dapat digunakan seperti biasa.

Hard Disk dikeluarkan dari iMac.


Pelanggan kami mengambil keputusan agar hard disk iMac miliknya ditukar. Dan dia juga berminat untuk menggunakan SSD agar iMac beliau lebih pantas dan efisien dari segi prestasi. Kos tukar SSD bagi iMac adalah serendah RM 450 sahaja. Tempoh pemasangan bergantung kepada queue masalah pelanggan yang perlu kami selesaikan.



Proses installation OS X.


Pelanggan kami sangat gembira kerana selepas ini tiada lagi masalah untuk beliau menguruskan laman web beliau. iMac beliau dapat berfungsi semula dengan prestasi yang lebih mengagumkan. Masalah iMac stuck on Apple logo dah selesai. Boot sahaja berkali ganda lebih pantas dari menggunakan HDD. HDD pula jangka hayat penggunaannya adalah terhad sehingga 3-4 tahun bergantung kepada cara penggunaan.

OS X yang telah siap dipasang.


Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang

Penulis,
Zaim Halib

No comments: