REPAIR APPLE iMAC : iMAC SLOW SEBAB TAK SERVIS DAN RAM BERKAPASITI KECIL

Seorang pelanggan kami mempunyai masalah pada iMac miliknya. iMac miliknya sangat perlahan (slow) bila buat kerja secara multitasking. Lebih-lebih lagi beliau menggunakan iMac tersebut untuk melakukan kerja-kerja editing video. Sudah tentu menjalankan multitasking dengan kerap. Beliau stress bila buat kerja sahaja selalu iMac miliknya mengambil masa untuk buka fail itu, fail ini.. Dan lebih teruk, tengah buat kerja tiba-tiba sahaja semua proses tak bergerak "hang". Memang stress!

iMac dibuka untuk diagnosis.

Setelah kami di OK Computer Solution Damansara Perdana, Petaling Jaya melakukan diagnosis terhadap iMac beliau, disini dapat kami simpulkan bahawa iMac miliknya perlu diservis. Dan lebih baik dinaiktaraf samada RAM atau HDD atau kedua-duanya sekali. Namun, apa yang penting ialah iMac tersebut perlu diservis terlebih dahulu. Jika tidak diservis, banyak lagi kerosakan yang menanti. Servis melibatkan penukaran thermal paste, cuci kipas dan juga cuci motherboard. Ini membolehkan haba didalam iMac terkawal sekaligus mengurangkan kerosakan pada iMac pada masa akan datang. Didalam istilah pembelajaran ICT, ianya digelar sebagai preventive maintenance atau dalam bahasa melayunya ialah penyelenggaraan pencegahan. Kesimpulannya, mencegah lebih baik dari merawat.

RAM dikeluarkan dari iMac.

RAM lama yang telah dikeluarkan dari iMac.

Beliau mengambil keputusan untuk menaiktaraf RAM iMac miliknya kepada kapasiti yang lebih besar serta servis. Tempoh untuk tukar RAM iMac mengambil masa 2-3 hari bergantung kepada stok yang ada. Manakala kosnya pula bergantung kepada kapasiti, jenama serta transfer speed yang diperlukan. Ini perlu dirujuk di mana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda.

RAM baru yang akan dipasang.

Akhirnya, sangatlah lega pelanggan kami bila beliau mengetahui iMac miliknya dapat beroperasi multitasking dengan lancar dan tidak "hang" lagi. Beliau juga ingin menaiktaraf HDD iMac beliau kepada SSD dengan kami pada masa akan datang.



Cara pasang Solid State Drive pada MacBook




Bagaimana anda mahu menghubungi kami?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
📲Whatsapp direct guna link ni

📲 Customer Careline OKCS (HQ)


📲Kami akan utamakan anda yang whatsapp terus kepada kami


📱Hotline : 0377316761 (Office OKCS HQ)


Penulis,

Muhammad Zaim Halib

No comments: