Repair Charging Port/DC Jack | OKCS

BOLEH KE REPAIR CHARGING PORT/DC JACK?

Sebelum kami mengupas lebih lanjut mengenai Charging Port/DC Jack ini, ada beberapa perkara asas yang anda perlu tahu. DC Jack merupakan komponen yang sangat penting pada laptop.


Tapi apakah itu Charging Port/DC Jack?
DC Jack ialah komponen yang menjadi pengantara diantara charger laptop dengan motherboard. Ianya merupakan port yang selalu anda gunakan untuk menyambung charger laptop.


Charging port/DC Jack


Apa yang akan jadi kalau DC Jack rosak?
Sepertimana yang kami maklumkan, DC Jack memainkan peranan yang sangat penting pada laptop. Jika DC Jack rosak, sudah tentu ianya mendatangkan masalah pada laptop. Dan masalah yang berlaku boleh dikategorikan sebagai masalah yang sangat serius. Laptop anda pasti tidak akan boleh dihidupkan jika DC Jack rosak kecuali masih terdapat saki baki kuasa pada bateri yang terdapat pada laptop.



Apakah punca Charging Port/DC Jack rosak?
Penyebab paling famous yang mendatangkan kerosakan pada DC Jack ialah;
  • Jangka hayat komponen. Kebiasaannya laptop lama sering mengalami masalah DC Jack.
  • Kerap cucuk charger ke port charging/dc jack dengan kasar.
  • Komponen telah pun terjejas dari kilang lagi.

Bagaimana nak tahu Charging Port/DC Jack akan rosak?
Kerosakan DC Jack sudah tentu mempunyai tanda- tanda awal sebelum ianya rosak. Antaranya ialah:
  • Bila anda cas laptop, kejap elektrik masuk dan sekejap elektrik tak masuk.
  • Port DC Jack semakin longgar. Tarik sikit charger pun dah boleh tercabut charger dari laptop.
  • Port DC Jack bergoyang.


Proses diagnos kerosakan.

Apa tanda-tanda DC Jack rosak?
Antara tanda-tanda DC Jack telah rosak.
  • Laptop tidak menunjukkan sebarang paparan pada skrin
  • Kipas tidak berpusing
  • Lampu status LED tidak menyala
  • Charger laptop boleh digunakan pada laptop lain (sama model) tapi tidak pada laptop tersebut.

Dan tanda-tanda DC Jack rosak lebih senang dikenalpasti jika terdapat kuasa elektrik dalam bateri. Hidupkan laptop dan cuba cas seperti biasa. Jika tiada respon, cuba charger lain yang masih elok. Jika masih tiada respon, sudah tentu DC Jack bermasalah.

Bila DC Jack rosak, laptop tidak akan boleh dihidupkan sama sekali kecuali masih ada kuasa elektrik pada bateri. Jika tiada bateri untuk anda melakukan diagnose sendiri sudah tentu anda perlu hantar kemana-mana kedai repair laptop. Namun harus diingatkan, anda perlu menceritakan terlebih dahulu adakah anda mengalami tanda-tanda untuk mempercepatkan kerja-kerja diagnose oleh technician.


Boleh ke repair Charging Port/DC Jack?

DC Jack dipisahkan dari motherboard.

Kebiasaannya, DC Jack perlu ditukar kepada yang baru. Yang lama akan dicabut dari litar menggunakan peralatan khas technician. Kemudian, DC Jack baru akan dipasang dan juga menggunakan peralatan khas technician. DC Jack baru akan memastikan anda dapat menggunakan laptop anda tanpa masalah DC Jack lagi dalam tempoh masa yang agak lama.




Bagaimana ingin berurusan dengan kami?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang


Penulis,
Zaim Halib

No comments: