USB Tak Boleh Detect Pada Laptop | OKCS

PUNCA USB TAK BOLEH DETECT PADA LAPTOP



Pelanggan kami datang ke OKCS mengadu masalah mengenai laptop miliknya. Beliau berkata, ” Tempat cucuk USB laptop abang ada masalah sikit ni. Stress betul, susah abang nak buat kerja. Bila abang cucuk pendrive, external hard disk, mouse atau keyboard kat USB port tu semua tak detect. Kenapa eh?.”

 Port USB


Kami pun diagnose depan beliau. Bila check driver tiada masalah pun yang menyebabkan USB tak boleh detect. Rupa-rupanya USB port yang rosak. Kalau dibiarkan boleh rosak komponen lain lagi pada masa akan datang sebab litar pada motherboard masih berhubung.


Laptop dibuka untuk diagnos masalah.


Sebagai penyelesaian untuk masalah USB tak boleh detect, beliau menerima cadangan kami untuk menukar papan litar USB (1 set) kerana ianya sudah tidak boleh dibaiki. Pembaikan bergantung kepada kerosakan yang dihadapi. Contohnya, hanya port USB sahaja ditukar jika kaki port USB sahaja yang longgar. Tapi jika melibatkan litar yang terbakar, litar tersebut perlu ditukar bagi menyelesaikan masalah USB tak boleh detect. Kos tukar papan litar USB (1 set) boleh dirujuk pada technician atau customer careline kami kerana harga bergantung kepada model.


USB port lama yang telah rosak.



Akhirnya, beliau sangat gembira kerana selepas ini kerja beliau lebih senang disebabkan semua port USB ditukar dan berfungsi kembali. Tiada lagi masalah USB tak boleh detect. Dengan harga pula yang berpatutan, memang beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

USB berfungsi seperti biasa setelah diuji.




Bagaimana nak tahu apa penyebab USB tak boleh detect?

Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang



Penulis,
Zaim Halib

No comments: