MacBook Masuk Air | MacBook Repair Kuala Lumpur

Apa yang perlu dibuat jika Apple MacBook masuk air & dimana tempat Apple MacBook repair Kuala Lumpur ?

Seorang pelanggan mencari tempat MacBook repair Kuala Lumpur kerana ada masalah Apple MacBook masuk air. 😱😱😱 Puncanya adalah semalam beliau tak sengaja tumpahkan air kosong yang berada di sebelah macbook ketika mahu menutup macbooknya.

"MacBook cannot on"

Sebaik sahaja MacBook masuk air, MacBook tersebut terus tidak dapat dihidupkan. Jika anda ada masalah yang sama, jangan panik. Jangan cuba cas MacBook anda & bukanya sendiri tanpa alat & prosedur yang betul. Bawa terus ke OKCS untuk kami periksa terlebih dahulu. Pemeriksaan adalah percuma.


"MacBook dibuka untuk diagnose kerosakan"

Pakar Apple MacBook repair Kuala Lumpur kami cuba untuk servis terlebih dahulu. Langkah kerjanya sangat rumit kerana setiap komponen perlu dipastikan ianya kering dan tidak berlaku litar pintas. Nasib baik ianya hanya perlu diservis dan tidak melibatkan kos yang besar. Selalunya, MacBook masuk air seperti ini, motherboard perlu dibaiki. Cuma dalam kes ini, air hanya terkena pada beberapa komponen sahaja.


"Terdapat air pada motherboard"

Beliau sangat gembira kerana kerjanya yang tertangguh dapat disambung semula setelah MacBook masuk air miliknya dibaiki. Perlu diingatkan disini, jika anda menghadapi situasi yang sama seperti beliau, jangan cuba hidupkan MacBook, cas & mengambil tindakan sendiri untuk membukanya ditakuti berlaku kerosakan yang lebih teruk.

Ada masalah MacBook masuk air ?

Tak tahu dimana lokasi MacBook Repair Kuala Lumpur ?

Anda boleh hubungi kami melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang


Penulis,
Zaim Halib

No comments: