Jenama PC Desktop Terbaik Untuk Kerja Office | OKCS

OKCS - Jenama PC Desktop Terbaik Untuk Kerja Office

PC Desktop merupakan komputer terbaik untuk kerja office. Samada All-in-ones, PC branded atau PC Custom, kesemuanya sangat selesa untuk kerja office dibuat. Namun, bagi menyenangkan anda mencari PC branded bagi office anda, kami telah buat satu senarai pendek dan ringkas untuk rujukan anda.

Jenama PC Desktop Terbaik Untuk Kerja Office

Berikut adalah Jenama PC Desktop Terbaik Untuk Kerja Office yang dapat OKCS senaraikan:

1. Dell OptiPlex 3050 Micro

PC murah dari Dell




Processor: 7th Generation Intel Core i3-7100T | Grafik: Intel HD Graphics | RAM: 4GB | Storage: 500GB HDD | Sambungan: Gigabit Ethernet | Dimensi (W x D x H): 18.2 x 3.6 x 17.8 cm

Dell merupakan jenama yang terkenal dan disegani dalam dunia perniagaan komputer. Kebanyakan komputer keluarannya sangat berkualiti. Dell OptiPlex 3050 Micro didatangkan dengan spesifikasi asas yang sangat sesuai untuk pejabat dengan tawaran harga yang sangat menarik. 

2. HP Elite Slice untuk bilik mesyuarat

Bergaya dan Kompak



Processor: Intel Core i5-6500T | Grafik: Intel HD Graphics | RAM: 8GB | Storage: 256GB SSD | Sambungan: Gigabit Ethernet | Dimensi (W x D x H): 16.5 x 3.5 x 16.5 cm

HP Elite Slice untuk bilik mesyuarat membuktikan komputer pejabat tidak semestinya bersaiz besar gedabak. Ia dikategorikan sebagai jenama PC Desktop Terbaik Untuk Kerja Office kerana mudah untuk anda simpannya selepas digunakan. Aspek tersebut menjadikan ianya sempurna untuk kegunaan mesyuarat. 


3. Microsoft Surface Studio

All-in-one paling hebat?



ProcessorIntel Core i7-6820HQ | GrafikNvidia GeForce GTX 980M | RAM: 32GB | Storage: 2TB SSD | Sambungan: Gigabit Ethernet | Dimensi (W x D x H): 25 x 22 x 3.22 cm

Jika anda sedang mencari komputer all-in-one yang paling power setakat ini & rekabentuk yang elegan tapi bukan ciptaan Apple, Microsoft Surface Studio mungkin pilihan terbaik. Dengan kualiti rekaan dan prestasinya, ianya sangat menakjubkan.


4. Apple iMac

Komputer paling berstail bagi pejabat?


ProcessorIntel Core i5 | GrafikIntel HD Graphics 6000 | RAM: 8GB | Storage: 1TB HDD | Sambungan: Gigabit Ethernet, 802.11ac Wi-Fi | Dimensi (W x D x H): 53 x 17 x 45cm

Apple iMac mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan menggunakan Operating System (OS) buatan mereka sendiri iaitu Mac OS menjadikan ia sangat berkuasa walaupun spesifikasinya kelihatan agak rendah berbanding yang lain.


5. Lenovo Thinkcentre M900

Komputer kategori High End dengan harga terbaik?



ProcessorIntel Core i7 | Grafik: Up to NVIDIA Quadro K420 2 GB DVI + DP | RAM: Up to 64GB | Storage: 1TB HDD | Sambungan: Gigabit Ethernet, 802.11ac Wi-Fi | Dimensi (W x D x H): 175 x 413 x 406mm

Lenovo mungkin jenama PC desktop terbaik untuk kerja office. Kelajuan, prestasi serta kualiti diterapkan dalam komputer keluaran Lenovo kali ini. Keluaran Lenovo kali ini datang dengan pelbagai aneka pilihan. Ada yang berspesifikasi sederhana sehingga berspesifikasi tinggi. Pilih sahaja mengikut selera anda. Asalkan wangnya ada.




6. HP 260 G1

Support Service komputer terbaik untuk pejabat?



Tahukah anda, wang yang dilaburkan pada komputer keluaran ini termasuk dengan 3 tahun waranti. Support service mereka akan bantu anda onsite. Sangat sesuai untuk pejabat yang kurang tenaga mahir IT. Dan jika anda belinya sendiri dari HP, anda akan dapat diskaun sebanyak 10% bagi pembelian printer HP.



7. Dell Optiplex 3030

All-in-one dengan fungsi dwi skrin



ProcessorIntel Core i5-4590S | Grafik: Intel HD Graphics 4600 | RAM: 4GB | Storage: 500GB HDD | Sambungan: Gigabit Ethernet, 802.11ac Wi-Fi | Dimensi (W x D x H): 7 x 49 x 49cm

Mempunyai processor yang cukup power. Dan juga dilengkapi dengan peralatan Dell management.



8. Apple Mac Mini

Si Macintosh Kecil



ProcessorIntel Core i5 | Grafik: Intel HD Graphics 5000 | RAM: 4GB | Storage: 500GB HDD | Sambungan: Gigabit Ethernet, 802.11ac Wi-Fi | Dimensi (W x D x H): 3.6 x 20 x 20cm

Walaupun ianya sangat kecil, didalamnya terletak Intel Core i5 dengan grafik yang pantas dan juga Thunderbolt 2. Semuanya terkandung didalam kotak yang hanya 36mm lebarnya.




9. HP ProDesk 400 G4 Tower

Satu titik permulaan bagi semua bisnes


ProcessorIntel Core i7-7700 | Grafik: Intel HD Graphics | RAM: 8GB | Storage: 256GB SSD | Sambungan: Gigabit Ethernet | Dimensi (W x D x H): 17 x 33.8 x 27.4cm

Keluaran HP kali ini amatlah berbaloi dengan harganya. Direka dengan bentuk yang kompak. Ianya 27% lebih kecil berbanding chassis generasi sebelumnya. Tampak lebih hebat bila diletakkan dalam office yang moden. 




10. Dell Optiplex 3020

Keluaran lain Dell yang juga kompak dan stail

ProcessorIntel Core i3 4160 | Grafik: Intel HD Graphics 4400 | RAM: 4GB | Storage: 500GB HDD | Sambungan: Gigabit Ethernet | Dimensi (W x D x H): 9 x 31 x 29cm

Dell Optiplex 3020 juga sangatlah berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Ruang didalamnya begitu besar. Dengan ruang yang diberi, mudah untuk anda melakukan kerja naiktaraf hardware. Sesuai bagi anda yang suka upgrade komputer agar lebih berkuasa. Ianya didatangkan dengan Windows 7 64 bit. Windows 7 64 bit merupakan satu Operating System yang sangat stabil bagi Windows. Namun begitu, anda diberi pilihan untuk menaiktaraf sendiri ke Windows 10 tanpa sebarang caj dikenakan. PC ini mempunyai segala yang anda perlukan untuk membantu bisnes anda lebih maju.



Yang mana satu anda rasakan Jenama PC Terbaik Untuk Kerja Office ? Cuba comment dibawah untuk rujukan OKCS

Dah ada PC di pejabat tetapi slow? Tiada masa untuk hantarnya ke OKCS untuk pemeriksaan percuma?

Baca: Pickup & Delivery | Onsite Servis

Tiada ulasan: