Tips Beli PC Desktop Komputer Pejabat Anda | OKCS

OKCS - Tips Beli Desktop Komputer Pejabat Anda

Zaman ini, handphone dan tablet telah banyak menggantikan kerja-kerja seharian yang dahulunya di lakukan dengan PC Desktop komputer. Dan apabila lebih banyak kuasa memproses dan skrin yang besar diperlukan, anda mungkin akan menggunakan laptop yang boleh juga mengambil alih tugas desktop dengan anda cucukkan wayar, keyboard, mouse dan monitor bila anda memerlukannya.

Namun begitu, masih ada sebab yang baik untuk anda gunakan dekstop berbanding laptop. Dan dengan "desktop", saya tidak bermaksud ianya adalah satu kotak (casing tower) besar yang terletak di kaki anda dimana banyak kabel yang menjalar-jalar keluar darinya. Ada juga kotak (casing tower) kecil dan besar yang mana panggilannya berbeza-beza mengikut keperluannya seperti:



  • All-in-ones
  • Tower
Jika anda tidak pasti perbezaan antaranya teruskan membaca Tips Beli PC Desktop Komputer Pejabat Anda.

All in One

All-in-one secara asasnya adalah monitor besar yang mempunyai semua komponen asas komputer di dalamnya contohnya iMac. Biasanya ia menggunakan komponen yang sama yang anda boleh jumpa dilaptop. Oleh kerana itu, ianya tidak mempunyai kebolehan prestasi yang tinggi dan sukar di naiktaraf tidak seperti PC tower.




Oleh kerana semua komponennya disatukan seperti satu unit, pemasangannya amat mudah kerana anda cuma perlu cucuk mouse dan keyboard sahaja. Disebabkan pemasangannya begitu senang, ia membuatkan meja kerja anda tidak semak dengan wayar yang berselirat sekaligus membuatkan ianya lebih mudah untuk dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain berbanding PC tower.

Namun begitu, jika terjadi sesuatu dengan paparannya anda kehilangan seluruh komputer. 


Tower

Anda mungkin memikirkan PC tower ini hanyalah untuk gamers, graphic designer atau heavy user. Hakikatnya, terdapat banyak sebab untuk membeli PC tower. Yang paling asasnya adalah ratio harga kepada prestasi. Ianya umpama semakin kecil teknologi yang digunakan, semakin mahal harganya. Lihat sahaja pada smartphone, anda perlu membayar dengan kos ribuan ringgit untuk teknologi yang kecil. Dan kos untuk baikpulihnya sangatlah mahal.


Dengan PC tower, anda akan mendapat lebih banyak prestasi dengan setiap wang ringgit yang anda keluarkan. Lebih-lebih lagi tower ada ruang yang banyak untuk dinaiktaraf segala hardware didalamnya. Seperti graphic card, hard disk dan sebagainya. Oleh kerana anda boleh membukanya dengan mudah, anda boleh melakukannya dengan sendiri.

Satu tower memang mengambil banyak ruang kerja berbanding pilihan desktop PC yang lain. Dan ia secara tidak langsung mengehadkan dimana anda boleh menggunakannya samada di rumah atau di pejabat. Tambahan lagi, melainkan anda sudah mempunyainya anda perlu memasukkan kos monitor, keyboard dan mouse.

Terdapat banyak jenis tower yang ramai tidak tahu dan kami akan jelaskannya disini. Teruskan membaca  Tips Beli PC Desktop Komputer Pejabat Anda.

PC Branded

PC branded adalah yang dibina dari komponen komputer yang penting menjadi satu paket produk. Antara jenama yang popular adalah Dell, HP, Acer & banyak lagi. Terdapat lebih 88 pengilang komputer didunia dan setiapnya mengeluarkan Desktop Pc branded. PC Branded mempunyai pros & cons, jadi pembeli boleh memlih samada memilih pc branded mahupun PC custom mengikut ketetapan spesifikasi komputer.

PC Dell

PC Branded lebih popular kerana ianya lebih mudah untuk dibeli dan digunakannya. Dan tidak memerlukan pembeli untuk mengetahui banyak perkara sebelum ianya dibeli. Satu lagi sebab adalah PC Branded tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal.


PC ASUS

PC branded dijamin boleh berfungsi kerana setiap komponen dipilih untuk bekerjasama hingga ke penggunaan optimal. Untuk kebanyakan pengguna, PC branded adalah pilihan terbaik walaupun ianya lebih mahal dari PC Custom. 


PC HP

Oleh kerana PC branded sangat mahal, terdapat pilihan untuk pengguna membeli PC branded dengan harga yang jauh lebih murah dengan PC refurbished.

Apa itu PC refurbished?

PC refurbished adalah PC branded terpakai yang telah diperbaharui dan melepasi tahap quality control OKCS dan ianya seakan baru.

PC Custom

PC Custom adalah PC yang dibina dari komponen komputer sedia ada oleh persendirian ataupun pihak ketiga. Biasanya, ianya lebih murah daripada PC branded mengikut nilai wang ringgit kepada prestasi kerana kos buruh telah dikecualikan. 



Komponen asing untuk disatukan menjadi PC Custom

Dengan PC Custom anda boleh binanya mengikut bajet, ciri-ciri dan gaya terutamanya jika anda mempunyai spesifikasi yang anda mahukan. Anda perlu sentiasa peka dengan harga semasa setiap komponen yang sentiasa berubah-ubah. Kemahiran teknikal yang tinggi juga diperlukan untuk memasang komputer ini. 






Tower kosong yang anda boleh customize sesuka hati mengikut selera anda

Kebiasaannya, gamers memilih untuk membuat PC Custom kerana setiap komponennya sangat mudah untuk di upgrade dan tidak mempunyai sistem lock seperti PC Branded. Setiap komponen dari motherboard, hard disk, SSD, RAM, Graphic card & lain-lain boleh ditukar atau ditukar pada bila-bila masa sahaja. Janji wang ada.

Cara memilih spesifikasi dan fungsi

Spesifikasi, fungsi dan prestasi sepatutnya diiambil berat oleh sesiapa sahaja yang mahu membeli PC desktop computer. Spesfikasi termasuklah Random Access Memory (RAM) atau DDR3 memory, ruang hard drive,  kuasa grafik & processor. Anda boleh bandingkan pilihan ini dengan harga dan bajet anda yang paling penting lagi tinggi spesfikasi lagi berkuasalah komputer anda. Tapi dalam kebanyakan kes anda mungkin tidak menggunakan sebarang kuasa yang pada komputer anda. 

Biasanya untuk pejabat, ramai yang menggunakannya untuk tujuan admin, akaun & marketing.

Jadi disini kami memberikan cadangan spesifikasi minima untuk pejabat anda.

Processor: Dual Core Intel i3 (i5 lebih baik)
RAM: Sekurang-kurangnya 4GB DDR3
Hard Disk: 500GB HDD
Grafik: Internal Standard (Intel HD)
Monitor: 19 inci
Keyboard & Mouse: Standard


Setiap tugas dipejabat pasti menggunakan kuasa komputer yang berbeza. Jika anda seorang graphic designer, sudah tentu anda perlukan prestasi komputer yang lebih power dari spesifikasi diatas. Pilihan terletak di tangan anda. 

Jika anda memerlukan khidmat nasihat/bantuan untuk membeli desktop komputer bagi pejabat anda

Anda boleh hubungi OKCS melalui:
  • WhatsApp/Messenger
Customer Careline OKCS
  • Hotline 
= 0377316761

Dan anda boleh datang terus ke OKCS di Damansara Perdana. 
Lokasi OKCS Damansara Perdana:

  • 2 minit dari Empire Damansara
  • 3 minit dari IKEA
  • 10 minit dari Sungai Penchala
  • 17 minit dari Kepong
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang


Penulis,
Zaim Halib

Tiada ulasan: