Cara Update MacBook | OKCS

Cara Update MacBook

Cara update MacBook anda kepada Operating System Mac terkini sangatlah mudah. Dalam artikel ini, kami ada beberapa perkara yang ingin ditekankan sedikit bagi membantu anda update MacBook anda dengan lebih mudah.

Kami tak sarankan anda untuk terus update secara melulu. Ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan sebelum anda tahu cara update MacBook anda.

1. Periksa samada Mac anda support Operating System yang diinginkan atau tidak.


Baca: Maksimum macOS Bagi Apple Anda

2. Pastikan ada ruang storage yang mencukupi
Pihak Apple cadangkan supaya MacBook anda ada 8GB ruang kosong. Bagi kami, ianya lebih baik jika MacBook anda ada ruangan kosong melebihi 15GB.

3. Backup data anda
Proses update MacBook anda mungkin akan menyebabkan data penting hilang. Kami tak jamin bahawa data anda akan selamat 100%. Pastikan data penting anda mempunyai backup bagi memudahkan urusan dan kerugian dapat dielakkan.

Apple juga telah memudahkan anda untuk backup segala data penting menggunakan Time Machine.

4. Pastikan condition MacBook anda dalam keadaan yang baik

Klik link ini untuk diagnose MacBook anda (keluaran sebelum Jun 2013 sahaja)


Klik link ini untuk diagnose MacBook anda (keluaran selepas Jun 2013 sahaja)


5. Login iCloud
Bagi memastikan update berjalan lancar, pastikan anda login ke iCloud dulu sebab banyak apps dan sistem servis memerlukan iCloud.

6. Sambung kepada network yang selamat dan stabil.

Network yang stabil juga memastikan proses update dipermudahkan. Kami cadangkan anda untuk menggunakan internet melalui kabel ethernet berbanding wireless. Dan lebih baik jika anda gunakan internet tanpa had/quota (unlimited).

7. Update MacOS anda kepada yang latest bagi model MacBook yang digunakan.

Periksa compatibility MacOS bagi MacBook anda melalui third party sebelum proses update dibuat.

8. Download MacOS melalui App Store

- Buka App Store

- Cari MacOS
- Pilih macOS High Sierra (ataupun versi Mac OS X yang anda mahukan)

- Pilih download
- Isikan maklumat Apple ID (jika diminta)
- Tunggu sehingga installer siap dimuat turun
- Sebaik sahaja installer dah siap dimuat turun, tekan continue 

9. Install MacOS pada MacBook anda

- Klik continue
- Ikut sahaja arahan yang diberikan sehingga proses update selesai.
- Isikan sebarang maklumat jika perlu.




Tiada ulasan: