Kenapa Mac Anda Slow (Part 2) | Repair Mac Pandan Perdana

Kedai repair Mac Pandan Perdana berkongsi tips berkaitan punca kenapa Mac anda slow


Artikel ini membincangkan tentang masalah punca kenapa Mac anda slow.
Banyak punca yang boleh menyebabkan kenapa Mac anda slow. Ada sebahagiannya kami sudahpun berkongsi dengan anda. Boleh rujuk link ni untuk tips yang sebelum ni http://bit.ly/2Ep5E8I 

Berikut adalah sambungan punca kenapa Mac anda slow :-

1) Web Browser

Salah satu punca kenapa Mac anda slow adalah disebabkan browser. Jika web browser Mac anda slow, bermakna Mac anda juga turut boleh menjadi slow. Apa yang menyebabkan browser anda boleh menjadi slow? Salah satunya adalah disebabkan terlampau banyak tab browser dan extensions yang dibuka. Pernahkah tiba-tiba browser anda mengeluarkan search bar, pop-ups yang pelik-pelik lepas download sesuatu apps daripada internet? Di sini kami nak bagi jalan bagaimana nak buang semua extension yang tak digunakan:-


Repair Mac Pandan Perdana: Paparan Extension pada Chrome

Jika anda menggunakan Chrome:
1) Buka Chrome
2) Klik ikon 3 dot dekat sebelah atas kanan
3) Klik 'More tools' > Extensions

Kemudian anda akan nampak semua extensions yang pernah anda install sebelum ni. Boleh klik samada untuk enable atau disable mana-mana extension yang anda tak gunakan untuk elakkan Mac anda menjadi slow

Jika anda menggunakan Safari:
1) Buka Safari
2) Klik Safari > Preferences (pada menu sebelah atas)
3) Pilih Extensions tab
4) Remove extensions yang anda tak perlukan

2) Finder pada Mac 

Fungsi Finder pada Mac adalah untuk mencari file dalam All My Files. Bila File yang disimpan dalam Mac anda terlampau banyak, fungsi Finder akan menjadi slow kerana bebanan semasa  hendak membuka salah satu file yang dipilih. Jadi untuk menghindarkan masalah ini, anda boleh ubah setting (seperti dalam gambar) mengikut spesifik file yang anda inginkan sahaja.


Repair Mac Pandan Perdana: Finder Preferences

3) Beban pada visual

Grafik dan animation yang disetkan pada Mac anda juga boleh menjadi salah satu punca Mac anda slow. Dekat sini kami akan tunjukkan macam mana cara nak kurangkan penggunaan animation dan grafik pada Mac anda:


Repair Mac Pandan Perdana: Paparan Dock pada Mac

Buka System Preferences > Dock

Kemudian untick 3 perkara:
1) Magnification
2) Animate opening applications
3) Automatically hide and show the dock

4) SMC-settings sudah corrupted

SMC adalah singkatan System Management Controller yang berfungsi untuk mengawal kipas, lampu, power, system volume dan lain-lain fungsi low-level pada Mac. Jika setting ini corrupted, maka boleh menjejaskan kelajuan Mac anda. Di sini kami kongsikan dengan anda cara untuk mengatasinya:


Repair Mac Pandan Perdana: Salah satu langkah untuk atasi masalah SMC corrupted


5) Terlampau banyak temporary files 

Antara fakta yang kita sering terlepas pandang adalah, setiap kali kita membuka apps dalam Mac, ia akan menghasilkan fail cache. Semakin lama sesebuah apps tu aktif, semakin banyak fail cache akan terhasil dan ianya bertimbun banyaknya sama seperti dengan temporary files. Jadi cara untuk membuang semua ni adalah dengan restart Mac anda secara kerap. Mudah bukan? Ingat restart taw dan bukannya sleep kan Mac anda.


Repair Mac Pandan Perdana: Paparan restart pada Mac

-->> Tertanya-tanya kenapa Mac anda slow?

-->> Nak upgrade Macbook/iMac?

-->> Tercari-cari kedai repair Mac Pandan Perdana?

Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur :-

03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)

Lokasi OKCS Kuala Lumpur :-

OKCS KL


Sumber rujukan :-
https://macpaw.com/how-to/fix-mac-running-slow

Tiada ulasan: