[SOLVED] REPAIR ASUS X550D | REPAIR LAPTOP DESA PANDAN

KEDAI REPAIR LAPTOP DESA PANDAN - REPAIR ASUS X550D LAPTOP

En. Haikal salah seorang customer kami di kedai repair laptop Desa Pandan baru-baru ini datang untuk menukar bateri laptop pakcik beliau yang sudah rosak. Laptop tersebut adalah model Asus X550D. Untuk pengetahuan anda, bateri untuk laptop model ni adalah jenis built-in ataupun lebih tepat lagi bateri dia jenis terletak dekat sebelah dalam casing laptop. 


Laptop Asus X550D tukar bateri 

Masa technician kami buka casing laptop untuk ganti bateri yang baru, kami dapati banyak habuk yang dah melekat dekat kawasan sekitar motherboard. Jadi kami mencadangkan En. Haikal untuk servis laptop. Sebelum ini, kami di kedai repair laptop Desa Pandan banyak menerima laptop yang kerosakan motherboardnya adalah berpunca daripada habuk yang sudah menebal dalam laptop.


Proses menservis laptop Asus X550D


Servis laptop Asus X550D


Habuk menebal dalam heat sink laptop Asus X550D

Kami di kedai repair laptop Desa Pandan juga selalu menasihati para pengguna laptop agar menservis laptop setiap 6 bulan/1 tahun sekali agar dapat menjimatkan beribu ringgit. Bergantung juga pada penggunaan, jika anda kerap menggunakan laptop setiap hari, disarankan anda menservis laptop dalam jangka masa 6 bulan sekali. Anda pun boleh buat sendiri jika ada peralatan yang sesuai.

Baiklah, setelah En. Haikal bersetuju untuk servis laptop, jadi kami pun servislah laptop pakcik beliau dengan jayanya (hehe..). Alhamdulillah, lepas dah servis tu, cpu fan pun berpusing dengan lancar dan rasa sejuk sikit daripada sebelum ni. Bateri baru yang kami pasang pun berfungsi dengan baik. En. Haikal happy, kami di kedai repair laptop Desa Pandan pun happy!


En. Haikal berpuas hati laptop sudah siap

En. Haikal memberikan komen di facebook OKCS Kuala Lumpur

-->> Anda pun ada masalah macam laptop Asus X550D ni?

-->> Tercari-cari kedai repair laptop Desa Pandan?

Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur :-

03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)

Lokasi OKCS Kuala Lumpur :-

OKCS KL



Tiada ulasan: