[SOLVED] SCREEN CRACK IPAD PRO A1584 | MAC REPAIR AMPANG

Kedai Mac Repair Ampang - Screen Crack iPad Pro A1584

iPad adalah satu produk di bawah jenama Apple yang agak laris di pasaran. Tak dinafikan, selain iPhone, ramai dikalangan pengguna juga menggemari iPad ni sebab spesifikasi dia agak moden dan sesuai untuk mereka yang nak buat kerja-kerja simple dan selalu bergerak ke sana sini. Baru-baru ini kami di kedai mac repair Ampang ada terima sebuah iPad Pro A1584. Untuk pengetahuan anda, model ni agak baru. Masalah yang dihadapi adalah screen crack iPad Pro A1584.


iPad Pro A1584

Seperti yang dimaklumkan tadi, iPad yang masuk ke kedai mac repair Ampang tadi adalah antara model yang baru. Faham-faham jelah bila model baru ni, spare partnya sangat susah nak dapat. Kalau jumpa spare partnya sekalipun, tentu harga melambung tinggi berlipat kali ganda. Jadi nasihat kami, kalau anda menggunakan produk yang masih baru keluar di pasaran, harap lebih berhati-hati. Kalau tak, jadilah macam screen crack iPad Pro A1584 ni.


Screen crack iPad Pro A1584

Setelah kami di kedai mac repair Ampang menerima masalah screen crack iPad Pro A1584 ini, kami pun cek stok, rupanya kami pun takda stok. Nak tak nak, kenalah tempah spare partnya terus daripada luar negara.


iPad Pro A1584 sudah siap repair

Lepas spare part skrin dan digitizer untuk screen crack iPad Pro A1584 sampai, kami pun terus pasang dan Alhamdulillah skrin iPad dapat berfungsi seperti biasa semula. Pelanggan happy, kami di kedai mac repair Ampang pun happy dapat membantu.

-->> Anda pun ada masalah macam screen crack iPad Pro A1584?

-->> Tercari-cari kedai mac repair Ampang?

Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur :- 

03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)

Lokasi OKCS Kuala Lumpur :-





Tiada ulasan: