Kenapa Mac Anda Perlu Upgrade SSD (Part2) |Repair Mac Maluri

Kedai repair Mac Maluri ingin berkongsi sebab kenapa Mac anda perlu upgrade SSD


Artikel ini membincangkan tentang kenapa Mac anda perlu upgrade SSD.
Sebelum ini kami pernah juga berkongsi sebab kenapa Mac anda perlu upgrade SSD. Untuk anda yang belum lihat, boleh rujuk sini ya https://goo.gl/hztSzE


Jom kami di kedai repair Mac Maluri nak kongsikan dengan anda dekat sini pada bahagian kedua kenapa Mac anda perlu upgrade SSD:- 

1) Data Lebih Selamat

Repair Mac Maluri: Contoh corrupted file

Ramai di kalangan pengguna Mac bersetuju bahawa menggunakan SSD data akan lebih selamat berbanding HDD. Kenapa dikatakan lebih selamat? Ini kerana SSD tak menggunakan piring (platter) untuk proses data seperti yang digunakan HDD. Jika anda pernah dengar, piring (platter) yang digunakan HDD senang pecah bila terjatuh, jadi bila dah pecah/retak, makanya data memang tak boleh diselamatkan. Risiko untuk fail corrupt pun lebih rendah jika menggunakan SSD.


2) Fleksible (Mudah Alih)


Repair Mac Maluri: mSATA

Antara sebab kenapa Mac anda perlu upgrade SSD adalah kerana ianya fleksible. Untuk pengetahuan anda, SSD mempunyai pelbagai jenis dan bentuk contohnya seperti mSATA. Ia boleh terus di pasang ke sistem motherboard dan terus boleh digunakan seiring dengan storage sedia ada. Dan yang lebih gempak, anda boleh gunakan USB cable untuk sambungkan terus Mac anda dan boleh jadikan ia seolah macam pendrive/USB flash yang bersaiz besar.

3) Terbaik Untuk Gaming


Repair Mac Maluri: SSD sesuai untuk gaming

Khas untuk gamers di luar sana, kelajuan untuk akses data semasa nak load game adalah suatu keutamaan. Sebabnya gamers boleh luangkan banyak masa untuk bermain berbanding buang masa untuk menunggu load game sahaja. Untuk mereka terutamanya gamers, kami di kedai repair Mac Maluri sarankan upgrade SSD, baru boleh tahu macam mana pergi dia.


4) Tahan Lama/Tahan Lasak


Repair Mac Maluri: HDD yang rosak

Sebab seterusnya kenapa Mac anda perlu upgrade SSD adalah kerana ia tahan lasak. Bagaimana yang dikatakan tahan lasak tu? Untuk pengetahuan anda, kalau SSD ni dilempar jatuh sekalipun risikonya untuk rosak sangat jauh berbanding HDD. Apakah sebabnya? Sebabnya sama seperti yang diterangkan dalam point no 1 di atas. Sebagai tambahan untuk yang tak tahu, SSD memang direka khas untuk menyimpan data bertahun-tahun serta ada sistem untuk tahan getaran/hentakan yang terbukti dapat elak daripada merosakkan data.

5) Lebih Ringan


Repair Mac Maluri: Berat SSD

Kalau anda perasan, biasanya laptop yang bersaiz nipis selalu menggunakan SSD sebagai tempat simpanan data. Sebabnya SSD direka dengan saiz yang lebih kecil dan sangat sesuai untuk laptop yang bersaiz nipis. Jika anda masih menggunakan HDD, anda boleh rasakan perbezaan pada berat Mac anda bila anda upgrade ke SSD. Percayalah!

p/s: Bukan sahaja iMac dan MacBook Pro, laptop biasa pun boleh upgrade SSD


-->> iMac/MacBook anda SLOW?

-->> Nak kami diagnos PERCUMA?

-->> Tercari-cari kedai REPAIR MAC MALURI?

Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-

03-9202 2947 / 017-641 7084 (Whatsapp pun boleh)

Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-

OKCS KL



Sumber rujukan:
https://www.jagoanhosting.com/blog/kelebihan-ssd/
http://www.crucial.com/usa/en/store-ssd-10-reasons-to-buy

Tiada ulasan: