[SOLVED] PC AUTO SHUTDOWN | REPAIR COMPUTER WANGSA MAJU


[SOLVED] PC AUTO SHUTDOWN | REPAIR COMPUTER WANGSA MAJU


Ada pelanggan kami berbangsa cina datang ke kedai dalam keadaan yang sangat cemas sambil membawa satu PC. Tidak sempat bertanya kepada beliau apa masalah, beliau berseloroh memberitahu bahawa PC Auto Shutdown tiba-tiba. Dia mahu nangis sebab dia tengah siapkan kerja editing video. Kesian kami tengok.


PC AUTO SHUTDOWN | REPAIR COMPUTER WANGSA MAJU
PC Auto Shutdown

PC Auto Shutdown tiba-tiba ada beberapa kemungkinan seperti, Hard disk nak rosak, RAM bermasalah, Kipas terbakar, atau benda yang sangat biasa kami hadapi ialah, pelanggan tak pernah servis PC mereka.


Soalan kami di kedai repair computer Wangsa Maju kepada beliau ialah :

1) Pernah Servis? Jawapan : Tidak

2) Berapa minit selepas penggunaan jadi PC Auto Shutdown? Jawapan : 20 minit


Selepas technician kami diagnose PC auto shutdown ni, di dapati beliau memang tak pernah servis dan kipas dah terbakar. Komponen-komponen lain masih selamat.


PC AUTO SHUTDOWN | REPAIR COMPUTER WANGSA MAJU

View PC Auto shutdown pun memang menunjukkan beliau tidak servis


PC AUTO SHUTDOWN | REPAIR COMPUTER WANGSA MAJU

Kipas yang tidak boleh diselamatkan

Kami memberitahu beliau, servis yang tidak dibuat mengikut jadual iaitu 6 bulan sekali atau paling lama 1 tahun sekali, bahagian dalam PC memang akan dipenuhi habuk. Apabila Kipas dipenuhi habuk, kipas tidak dapat berfungi dengan baik, lama kelamaan kipas akan jem. Kesannya, kipas PC Auto shutdown ni dah terbakar.

Kami sarankan agar beliau buat servis dan tukar kipas. Jika beliau tidak servis dan menukar kipas PC Auto shutdown ni, kebarangkalian untuk komponen lain rosak sangat tinggi.

Beliau bersetuju kerana beliau sangat memerlukan PC ini untuk menyiapkan kerja editing tersebut.

PC AUTO SHUTDOWN | REPAIR COMPUTER WANGSA MAJU
Technician sedang servis dan proses tukar kipas

PC AUTO SHUTDOWN | REPAIR COMPUTER WANGSA MAJU
Kipas baru yang akan menggantikan kipas ynag lama

PC AUTO SHUTDOWN | REPAIR COMPUTER WANGSA MAJU
Siap servis dan tukar kipas baru.

Setelah selesai semua, kami pun membuat test run ke atas PC auto shutdown tadi. Alhamdulillah selepas sejam PC tak auto shutdown.

Pelanggan kami sangat gembira dan berterima kasih kerana kami di OKCS telah menyelesaikan masalah besar beliau.


==> anda ada masalah PC Auto shutdown?
==> anda tak tahu di mana nak repair PC area Wangsa Maju?

Hubungi Kami dengan klik link OKCS Setapak


Penulis,

Mohd Syafry




Tiada ulasan: