Solved: Apple iMac Mid 2011 A1311 Autorestart | Repair iMac Petaling Jaya

Fix Apple iMac Mid 2011 A1311 Core i7 3.4 27-inci Autorestart di OKCS (Kedai Repair iMac Petaling Jaya)


Ada seorang doktor yang tinggal di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur datang ke OKCS Petaling Jaya untuk meminta pertolongan bagi membaiki iMac miliknya. Beliau ada hantar iMac tersebut ke kedai repair iMac berdekatan rumahnya. Kedai repair iMac berkenaan mengesahkan bahawa terdapat kerosakan pada motherboard. 

Namun begitu, kedai repair iMac tersebut menolak untuk membaiki motherboard Apple iMac Mid 2011 A1311 Autorestart tersebut. Mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri kerana kebiasaannya Apple Authorized Service Provider tidak membaiki produk mereka yang sudah "vintage".


Setibanya beliau di OKCS, technician kami terus membuat diagnose secara terperinci bagi membolehkan punca Apple iMac Mid 2011 A1311 autorestart dikenalpasti. Technician cuba menghidupkan iMac tersebut. Sebaik sahaja keluar logo Apple, paparan pada skrin iMac bertukar putih kemudian autorestart berulang kali.


Bagi membolehkan terchnician mengetahui punca sebenar masalah Apple iMac Mid 2011 A1311 autorestart ini, technician perlu membuka front glass serta skrin dari iMac. Setelah skrin dibuka, technician menguji komponen iMac ini mengikut panduan yang disediakan OKCS sehingga punca sebenar dikenalpasti.


Rupa-rupanya masalah Apple iMac Mid 2011 A1311 autorestart ini adalah disebabkan oleh chipset grafik yang rosak. Chipset grafik yang rosak ini perlu diganti baru bagi membolehkan iMac hidup seperti biasa semula. Tiada lagi masalah autorestart terjadi jika chipset grafik tersebut ditukar baru.

Walaupun chipset grafik tersebut boleh direpair sahaja, OKCS Kedai Repair iMac Petaling Jaya tidak melakukannya kerana selalunya chipset grafik tersebut akan rosak semula. Dengan tukar chipset grafik, ianya memastikan jangkahayat iMac tahan lebih lama dan kebarangkalian untuk rosak semula sangat-sangat rendah.


Teknik repair chipset grafik hanya penyelesaian jangka masa pendek sahaja. Ini sama sekali tidak dapat menjamin iMac anda mampu bertahan bertahun-tahun mahupun seminggu dua. Kerosakan sama berlaku dalam masa beberapa jam pun ada.

Disebabkan itu OKCS Kedai Repair iMac Petaling Jaya tidak pernah repair chipset grafik anda bagi mengelakkan kerosakan berulang kembali. Kami tukar terus chipset grafik tersebut kepada yang baru.


Proses penukaran chipset grafik hanya mengambil masa 2-3 hari sahaja selepas proses diagnose. Selepas penukaran, iMac akan diuji 2-3 hari bagi memastikan masalah autorestart tak berulang lagi. Kesemua ini perlu diperbuat secara teliti bagi memastikan masalah benar-benar selesai. Waranti juga turut diberikan.

Gembira tak terkata owner bila dapat semula Apple iMac beliau. Kini, masalah Apple iMac Mid 2011 A1311 autorestart beliau telah pun selesai dengan jayanya. 

Kami juga menyediakan khidmat:
  • Repair Motherboard iMac
  • Servis Sejukkan iMac
  • Tukar Power Supply iMac
  • Tukar Skrin iMac
  • Upgrade RAM iMac
  • Upgrade SSD iMac

Dan banyak lagi yang boleh kami lakukan untuk anda.

Review pelanggan di Facebook yang pernah Repair Laptop dengan OKCS



Ada masalah Apple iMac 2011 A1311 Autorestart?

Tak Tahu Dimana Kedai Untuk Repair iMac Petaling Jaya?


Bagi yang berdekatan anda boleh datang terus ke OKCS HQ Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Lokasi OKCS Damansara Perdana, Petaling Jaya:
  • 2 minit dari Empire Damansara, Petaling Jaya
  • 3 minit dari IKEA Mutiara Damansara, Petaling jaya
  • 10 minit dari Sungai Penchala, Petaling Jaya
  • 15 minit dari Taman Tun Dr Ismail TTDI Kuala Lumpur 
  • 16 minit dari Brickfields, Kuala Lumpur
  • 17 minit dari Kepong, Kuala Lumpur
  • 20 minit dari Sungai Buloh
  • 30 minit dari Subang

Hubungi kami melalui:
  • Hotline = 0377316761
Anda berada diluar kawasan OKCS Petaling Jaya? 
Ini adalah link senarai cawangan OKCS yang lain.



Penulis,

Tiada ulasan: