SEBAB MENGAPA ANDA TIDAK DIGALAKKAN MEMBELI LAPTOP DARI LAZADA !!!

KENAPA TAK BOLEH BELI LAPTOP DARI LAZADA ???




    Sebelum saya mulakan perkongsian ini, Selamat datang kepada yang sedang membaca blog ini, terima kasih saya ucapkan, Pastikan anda selalu berkunjung ke blog ini kerana banyak lagi perkongsian, tips penjagaan laptop dan cerita-cerita menarik yang bakal di kongsi dengan anda semua, so stay tuned 😘😘😘

    Beli Laptop dekat LAZADA ???

Seperti yang dijanjikan saya akan berkongsi satu pengalaman yang dapat dijadikan pengajaran kepada para pembaca semua. semoga bermanfaat ;)

suatu hari saya didatangi oleh seorang customer yang membawa laptopnya berjenama HP, beliau berkata beliau baru sahaja membeli laptop ini di LAZADA dengan harga serendah RM300 yang berstatus refurbished. Beliau akui bahawa beliau tidak berapa berpengetahuan tentang laptop. Beliau membeli laptop ini kerana tertarik dengan harga yang ditawarkan.


Lalu beliau mengadu tentang masalah yang dialami yang mana laptopnya akan auto on setiap kali buka tanpa tekan power button kemuudian lambang google akan terpapar di screen minta dimasukkan email serta password. 


  
setelah beliau memasukkan email dan password, didapati paparan laptopnya jadi seperti ini... 


Beliau terkejut kerana paparan ini tidak sama dengan laptop biasa. Lalu beliau berjumpa dengan saya dan meminta saya untuk install original windows & microsoft. 



     Saya menjelaskan bahawa laptop yang dibelinya adalah laptop Chromebook yang mana menggunakan Operating System  tidak sama dengan  laptop biasa iaitu (Chrome OS). Laptop ini direka khas untuk application dan document yang terutamanya disambung dengan internet. hanya kegunaan basic sahaja seperti surfing internet, youtube, Gmail. Tambahan, Chromebook ini biasanya digunakan oleh sekolah goverment suatu zaman dahulu atau untuk mudah faham Chromebook ni seperti wifi Tab

   Sejajar dengan piagam OKCS iaitu membuat customer happy, saya minta technician kami  usahakan juga untuk install windows pada laptopnya. Berjaya namun tidak stable, ada masalah lain apabila technician kami install windows original iaitu laptop beliau akan auto shut down. Setelah selesai semua, kami memulangkan kembali laptop beliau tanpa mengenakan sebarang cas. 

MORAL OF THE STORY .......

Kepada Pembeli ...

Sebagai pelanggan, sekiranya anda tidak berpengalaman atau kurang pengetahuan tentang laptop/device/gadget seharusnya dapatkan khidmat nasihat atau pergi ke kedai yang berkaitan untuk keterangan lanjut. Nasihat saya kepada anda, sekiranya nak beli sesuatu barang elektronik seeloknya pergi ke kedai terus untuk mengelakkan kes penipuan oleh penjual online. Jangan terlalu taksub dengan barang murah, sebaiknya check dahulu. 

Selain itu, apabila barang yang dibeli daripada platform online susah untuk dapat claim warranty, kadang kala lambat atau sebagainya.

Kepada Penjual ...

Sebagai penjual, adakah lebih elok sekiranya membuat transaksi jual beli dengan jujur dan amanah supaya rezeki lebih berkat. Listkan dan tunjuk semua butiran agar pelanggan tidak teraniaya. Bukankah jujur dan amanah itu membawa berkat ?? 

"Renung-renungkan dan Selamat Beramal" 

SOLUSINYA ...

Anda tidak digalakkan membeli Laptop dari LAZADA atau mana-mana platform online sekiranya kurang yakin dan kurang pengetahuan mengenai laptop.

JUTAAN TERIMA KASIH 

Jutaan terima kasih kepada para pembaca kerana setia bersama saya sehingga kehujung cerita, Semoga kita berjumpa lagi di kisah yang lain ....