PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA

Artikel ini membincangkan tentang Penjagaan Power Adapter dan Bateri Laptop agar kekal tahan lama. Pada kali ini, OK Computer Solution ingin berkongsi bersama anda bagaimana cara Penjagaan Power Adapter dan Bateri Laptop agar kekal tahan lama lebih daripada 5 tahun walaupun setiap hari penggunaan.





PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 1


POWER ADAPTER LAPTOP


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 2

Power Adapter Laptop atau ia lebih dikenali sebagai charger laptop merupakan aksesori yang sangat penting bagi sesebuah laptop. Kalau adapter/charger rosak dan tidak boleh digunakan lagi, apalah erti sebuah laptop jika ia tidak dapat dihidupkan atau digunakan.

Lebih baik buang sahaja laptop itu kalau Power Adapter sudah rosak. Iya lah, macam mana nak caj bateri laptop jika tiada bekalan kuasa untuk menghidupkan laptop tersebut. 

Pilihan terbaik, buangkan saja laptop itu dan beli yang baru. Selesai masalah. 

Ohh jangan!

Jadi lah pengguna yang bijak dan sayangi laptop anda.

Apabila power adapter rosak, terpaksa lah beli power adapter laptop yang baru agar bateri laptop dapat dicaj semula dan berfungsi menghidupkan laptop. 

Kalau nak dibandingkan dengan bateri laptop, kemungkinan untuk bateri rosak lebih cepat dan mudah berbanding power adapter. Akan tetapi, Power adapter juga boleh rosak disebabkan oleh pengguna yang tidak begitu ambil berat dan peduli mengenai penjagaan power adapter. 


BAGAIMANA CARA/TIPS PENJAGAAN POWER ADAPTER LAPTOP


1. Letakkan power adapter di satu tempat yang sesuai. Jangan letak berhampiran air terutamanya apabila laptop sedang disambungkan dengan power adapter kerana ia boleh rosak disebabkan oleh renjatan elektrik.

PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 3


2. Perlu lah segera mencabut power adapter/charger setiap kali bateri laptop sudah penuh bagi mengelakkan daripada power adapter overheating dan rosak.


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 4

3. Setelah selesai caj laptop, tutup plug pada power adapter/charger. Jangan hanya mencabut dari laptop sahaja tanpa menutup plug kerana bekalan kuasa masih berjalan sehingga boleh menyebabkan power adapter rosak dengan mudahnya.


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 5

4. Elakkan daripada meletakkan power adapter laptop di dalam kereta terutamanya ketika musim panas yang melampau.

5. Jangan sesekali membawa atau mengheret laptop yang masih disambungkan dengan power adapter tanpa rasa bersalah apa pun sehingga adapter terjatuh dan terhantuk pada benda keras terutamanya pada mereka yang selalu tergesa-gesa atau kelam kabut.


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 6

6. Pastikan plug yang ingin digunakan untuk power adapter stabil dan berfungsi dengan baik kerana apabila plug bermasalah masih digunakan, risiko untuk power adapter rosak sangatlah mudah.

7. Berhati-hati semasa ingin mencucuk power adapter pada sambungan laptop kerana apabila terlalu ganas ia boleh mengakibatkan kaki power adapter patah.


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 7

8. Elakkan daripada wayar power adapter dari terkoyak terkena benda tajam seperti bucu meja. Jika ianya berlaku, power adapter tidak boleh digunakan lagi dan jangan sesekali balut wayar tersebut dengan menggunakan tape atau material yang lain kerana renjatan elektrik juga boleh berlaku.

Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita perlulah mengambil berat tentang perkara seperti ini. Rata-rata pengguna laptop sering mengabaikannya kerana mereka tiada masa untuk berfikir apa yang bakal berlaku nanti. 

Adakah anda mampu untuk membeli power adapter laptop setiap setahun sedangkan ia boleh tahan lama jika dijaga dengan betul. Tepuk dada tanya diri, sampai bila mahu merugikan diri sendiri sedangkan ada cara yang terbaik untuk kekal kan power adapter agar berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama.


BATERI LAPTOP



PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 8


Bateri laptop juga merupakan aksesori laptop yang penting. 
Bateri memudahkan seseorang itu menggunakan laptop tanpa bantuan power adapter. Apa lah erti sebuah laptop jika bateri sudah rosak/tidak boleh digunakan lagi dan memerlukan bantuan power adapter untuk menghidupkan laptop. 

Terutamanya apabila pengguna ingin menyiapkan tugasan di kafe akan menyebabkan kesukaran mencari tempat yang mempunyai plug untuk menyambungkan power adapter agar laptop dapat dihidupkan. 

Jadi apabila masalah seperti ini berlaku, terpaksa lah membeli bateri laptop yang baru agar dapat digunakan pada bila masa sahaja terutamanya dalam keadaan kecemasan perlu menghantar assignment. 

Akan tetapi, pernah tak terfikir bagaimana bateri laptop boleh rosak sedangkan baru sahaja dua tahun penggunaan laptop dan bagaimana mungkin perkara seperti ini boleh berlaku pada anda tidak pada orang lain. Ini kerana bateri laptop juga memerlukan penjagaan yang betul agar dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. 

BAGAIMANA CARA/TIPS PENJAGAAN BATERI LAPTOP


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 9


1. Setiap kali membeli laptop baru atau bateri laptop yang baru, pastikan caj terlebih dahulu sekurangnya 8jam sebagai penggunaan bateri untuk pertama kalinya. 


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 10

2. Elakkan daripada caj laptop sehingga overcharging kerana ia boleh mengurangkan kualiti bateri justeru kepanasan sehingga boleh merosakkan komponen laptop yang lain.


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 11

3. Segera menutup suis atau mencabut power adapter apabila indicator sudah menunjukkan perkataan fullycharged.

4. Apabila laptop sedang disambungkan dengan power adapter, jangan mencabut bateri laptop secara mengejut atau tiba-tiba tanpa mencabut power adapter terlebih dahulu.


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 12

5. Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, selimut, bantal dan sebagainya kerana udara akan menghalang air flow laptop sehingga menyebabkan bateri overheating.

6. Elakkan daripada caj bateri terlalu kerap kerana ia dapat mengurangkan jangka hayat bateri tersebut.


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 13

7. Elakkan daripada persekitaran suhu yang panas kerana laptop atau bateri laptop sangat sensitif pada kepanasan.

Jadi sebagai pengguna yang bijak anda haruslah menitikberatkan tentang keadaan suatu bateri itu agar ia mampu bertahan dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lebih lama. 


PENJAGAAN POWER ADAPTER DAN BATERI LAPTOP AGAR KEKAL TAHAN LAMA 14

Apabila menggunakan power adapter atau charger adalah lebih baik jika bateri dicabutkan. Apabila menggunakan bateri laptop pula adalah lebih baik untuk mencabut power adapter atau charger. Tambahan pula, ketika ingin mengecas laptop atau bateri laptop ianya lebih baik jika laptop dimatikan atau di OFF kan.