[SOLVED] CANNOT ON LAPTOP SAMSUNG 530U | REPAIR LAPTOP CHERAS

Kedai repair laptop Cheras menyelesaikan masalah Cannot ON Laptop Samsung 530U

Artikel ini membincangkan tentang menyelesaikan masalah Cannot ON Laptop Samsung 530U. Pada bulan lalu, kedai repair laptop Cheras telah didatangi oleh seorang pelanggan iaitu Encik Paul Lee bersama laptop Samsung miliknya.

Semasa beliau tiba di kedai repair laptop Cheras, beliau terus meluahkan masalah yang sedang dihadapi oleh Laptop Samsung kepunyaannya itu. Beliau mengatakan bahawa laptop Samsung Cannot ON yang menyebabkan beliau sukar untuk menyiapkan tugasan penting dari pejabat di rumah. Disebabkan perkara itu, beliau berasa sangat sedih dan kecewa kerana terpaksa menangguhkan tugasan pejabat buat sementara waktu. 

Dengan perasaan yang sedih, kecewa serta buntu beliau berusaha melayari laman facebook mencari kedai repair laptop yang boleh dipercayai dan lokasi yang tidak jauh dari tempatnya sehingga menjumpai OK Computer Solution Kuala Lumpur di 1 Shamelin Mall. Disamping itu, beliau turut meminta bantuan kami bagi menyelesaikan masalah Cannot ON Laptop Samsung 530U dengan penuh kesedihan serta kesungguhan dan meminta dapat menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin kerana beliau sangat memerlukan laptop itu untuk menyiapkan tugasan penting.


[SOLVED] CANNOT ON LAPTOP SAMSUNG 530U | REPAIR LAPTOP CHERAS 1
Keadaan laptop Samsung Cannot ON

Selepas mendengar luahan beliau, Admin segera memberitahu pada technician di kedai repair laptop Cheras mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh Encik Paul Lee keatas laptop Samsung miliknya itu. Kemudian, seperti biasanya technician membuat diagnose laptop Samsung sehingga menjumpai punca laptop Samsung Cannot ON iaitu bateri laptop Samsung sudah rosak/tidak boleh digunakan dan perlu ditukar dengan yang baharu agar laptop dapat dihidupkan semula seperti biasa. Oleh itu, Admin segera memaklumkan pada Encik Paul Lee dan telah menceritakan padanya tentang masalah serta punca laptop Samsung tersebut Cannot ON. Semasa perbualan di dalam telefon Admin turut menjelaskan kondisi/keadaan serta harga bateri laptop yang baharu agar pelanggan dapat membuat keputusan samada menukarkan bateri yang baharu atau meminta bantuan mengeluarkan bateri tersebut dari laptop bagi menyelesaikan masalah Cannot ON Laptop Samsung 530U itu. Jadi selepas beberapa minit dalam talian, pelanggan membuat keputusan meminta bantuan mengeluarkan bateri dari dalam laptop kerana Encik Paul Lee mengatakan beliau lebih selesa menggunakan laptop sambil menyambungkan power adapter berbanding menggunakan laptop bersama bateri kerana ia agak menyukarkan sekiranya bateri sudah habis beliau perlu mencucuk power adapter dengan segera. Tambahan pula, diatas cadangan kami supaya laptop segera servis cuci buang habuk serta tukar thermal paste juga mendapat persetujuan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum komponen yang lain rosak terutamanya motherboard.


[SOLVED] CANNOT ON LAPTOP SAMSUNG 530U | REPAIR LAPTOP CHERAS 2
Proses diagnose laptop Samsung
[SOLVED] CANNOT ON LAPTOP SAMSUNG 530U | REPAIR LAPTOP CHERAS 3
Keadaan kipas cpu yang berhabuk

Tahukah anda? Bateri laptop sangat mudah untuk rosak terutamanya apabila seseorang itu overcharging laptop tanpa sedar. Bateri laptop sangat penting kerana ia memudahkan pengguna laptop menggunakan laptop dimana sahaja tanpa memerlukan power adapter. Jadi, apabila bateri sudah rosak ia menyukarkan seseorang untuk mencari plug bagi menghidupkan laptop. Antara punca bateri laptop rosak adalah tidak mengecas bateri buat pertama kali, menggunakan laptop sambil mengecas bateri, membeli atau menggunakan bateri laptop yang second hand dan sebagainya.

[SOLVED] CANNOT ON LAPTOP SAMSUNG 530U | REPAIR LAPTOP CHERAS 4
Bateri laptop Samsung

Berbalik pada kisah menyelesaikan masalah Cannot ON Laptop Samsung 530U, kini tiada lagi masalah yang perlu dirisaukan dengan keadaan laptop yang tidak boleh digunakan serta panas dan sebagainya kerana technician kami berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan mudahnya atas permintaan pelanggan. Masa yang diambil pula kurang daripada 1 jam sahaja jadi pelanggan tidak perlu menunggu sehingga berminggu-minggu. Setelah siap perkhidmatan, pelanggan berasa sangat gembira serta senang hati kerana beliau boleh menyiapkan tugasan pejabat dengan segera dan tidak perlu menangguh untuk masa yang lama. Apabila pelanggan gembira dengan perkhidmatan yang beliau dapat, kami di kedai repair laptop Cheras turut gembira.



[SOLVED] CANNOT ON LAPTOP SAMSUNG 530U | REPAIR LAPTOP CHERAS 5
Keadaan laptop selepas service
[SOLVED] CANNOT ON LAPTOP SAMSUNG 530U | REPAIR LAPTOP CHERAS 6
Pelanggan OKCS KL yang gembira





-->>Anda nak kami bantu menyelesaikan masalah CANNOT ON seperti LAPTOP SAMSUNG?



-->>Nak kami diagnos secara PERCUMA?



-->>Tercari-cari KEDAI REPAIR LAPTOP CHERAS?






Anda boleh hubungi OKCS Kuala Lumpur:-




03-9202 2947 / 017-641 7084 



Lokasi OKCS Kuala Lumpur:-


  • 2 minit dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Taman Shamelin
  • 3 minit dari LRT Pandan Jaya
  • 5 minit dari Sunway Velocity Mall
  • 10 minit dari Pantai Hospital Ampang
  • 11 minit dari MyTown Shopping Mall
  • 12 minit dari Plaza Low Yat
  • 13 minit dari Tesco Extra Ampang
  • 20 minit dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS)