OH TIDAK! BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION

Assalamualaikum pengguna Macbook :)

Artikel ini membincangkan tentang Bateri Macbook Kembung/Panas/Rosak. Pada kali ini, OK Computer Solution ingin berkongsi bersama anda mengenai Bateri Macbook Pro & Macbook Air yang sudah kembung/panas/rosak sehingga tidak dapat digunakan lagi. 


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 1

Antara topik yang akan kita bincangkan adalah punca berlakunya masalah bateri kembung/panas(overheating)/rosak, tips penjagaan atau cara mengelakkan masalah bateri kembung/panas/rosak berlaku berterusan dan lain-lain.

Apple telah menerangkan jangka hayat bateri dalam kitaran cas dengan menggunakan sejumlah 100% kuasa bateri. Seperti mana yang kita semua ketahui,  setiap perkakasan di dalam Macbook tentunya mempunyai tempoh had sehingga seseorang itu terpaksa menggantikan bateri Macbook tersebut lebih awal sebelum tempoh yang sepatutnya.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 2

Borak mengenai bateri, boleh dikatakan 70% pengguna Macbook menghadapi masalah dengan bateri Macbook yang cepat drain, bateri sudah menunjukkan tanda-tanda rosak atau jangka hayat yang terakhir dan sebagainya. 



BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 3

Bagi sesetengah pengguna terutamanya buat mereka yang bekerja menggunakan Macbook untuk membuat tugasan kerja harian pasti akan berasa tertekan dan sedih apabila bateri Macbook tidak dapat tahan untuk jangka masa yang lama dan terpaksa untuk mencucuk Magsafe supaya dapat menyambung menyiapkan tugasan kerja tersebut.

PUNCA BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/OVERHEATING


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 4

Masalah bateri Macbook Kembung/Panas/Rosak sebenarnya berpunca daripada cara penggunaan Macbook tersebut. 

Antara puncanya ;

1. Tidak mengecas Bateri Macbook sehingga penuh semasa mula-mula membelinya.
- Belum penuh bateri dah ON tengok youtube.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 5

2. Kerap mengecas Bateri Macbook.
- Tengah tonton drama tiba-tiba bateri habis, cucuk Magsafe kemudian sambung tonton.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 6

3. Guna Macbook sambil sedang mengecas bateri.
- Cucuk Magsafe sambil membuat tugasan sehingga bateri sudah 100% pun buat tak tahu.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 7

4. Bateri Macbook terlebih charge (overcharging).
- Sementara charge Macbook, niat nak baring saja sekali terlelap sampai berjam-jam.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 8

5. Guna Bateri Macbook yang tidak Original atau barangan Second Hand.
- Ketahanan serta kondisi bateri tidak bagus.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 9

6. Guna Macbook diatas permukaan fabrik.
- Tengok cerita drama korea feeling habis sampai tak sedar panas yang melampau.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 10

7. Meletakkan atau membiarkan Macbook di dalam kereta.
- Dalam perjalanan balik kampung, singgah lunch lalu membiarkan Macbook di dalam kereta.



BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 11

TIPS ATAU CARA PENJAGAAN BATERI MACBOOK


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 12

Nak jaga bateri Macbook yaa memang nampak terlalu mudah tetapi tidak semua yang ambil berat tentang penjagaannya. Bukan mereka sengaja, mungkin juga mereka berfikiran ianya baik-baik saja atau kemungkinan mereka tidak mengetahui bahawa perkara-perkara tersebut boleh menyebabkan kerosakkan pada bateri Macbook. 

Kita positif je lah okay!

Bagi mengelakkan daripada bateri Macbook kembung/panas/rosak lagi selepas ini, sebagai pengguna Macbook haruslah mempunyai kesedaran dan mencari jalan agar perkara seperti itu tidak berlaku berlanjutan.

Antara tips atau caranya ;

1. Cas bateri Macbook yang baru dibeli sehingga penuh. Jangan membiarkan ia terlalu lama cas sehingga panas (overheating).


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 12

2. Jangan terlalu kerap mengecas Macbook. Sekiranya bateri Macbook sudah memberi amaran bahawa Macbook perlu di cas, seeloknya berhenti daripada menggunakan laptop lalu segera shut down. Kemudian cucuk Magsafe supaya bateri Macbook dapat di cas tanpa gangguan sehingga penuh.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 13

3. Elakkan daripada mengguna Macbook dalam keadaan Magsafe sedang disambungkan dalam waktu yang lama. Ia dapat mengurangkan ketahan bateri tersebut untuk kekal tahan lama.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 14

4. Jangan membiarkan bateri Macbook cas terlalu lama sehingga berjam-jam. Ia boleh menyebabkan bateri menjadi panas dan rosak dengan mudah. Jika perkara sebegini dibiarkan, ia akan memendekkan lagi jangka hayat bateri tersebut kerana telah berlakunya trickle charging.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 15

Disamping itu, seeloknya segera mencabut Magsafe apabila Macbook 90% charging kerana setiap kali bateri di cas penuh 100%, maka ia akan dikira 1 kitaran (cycle count). Jika bateri sudah melebihi cycle count, bateri perlu digantikan dengan yang baru sebelum berlakunya kerosakkan pada komponen yang lainnya. 

5. Jangan sesekali terdetik dihati ingin membeli dan menggunakan bateri Macbook yang tidak original atau second hand. Harga yang murah sudah tentunya tiada kualiti dan ia juga boleh merosakkan Macbook kerana kita tidak mengetahui keadaan sebenar bateri walaupun kelihatan seperti bateri yang baru.

Selain itu, kualiti Magsafe juga perlu dititikberatkan. Jangan menggunakan Magsafe yang tidak original dan tidak berkualiti tinggi kerana Magsafe tersebut akan menjejaskan keselamatan anda serta Macbook terutamanya bateri.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 16

6. Jangan sesekali menggunakan Macbook diatas permukaan fabrik kerana ia telah menghalang air flow berfungsi dengan baik sehingga boleh menyebabkan Macbook terasa panas yang melampau dari sebelumnya. Sifat fabrik dapat menyerap dan mengumpul haba sehingga ia boleh menyebabkan kepanasan melampau pada Macbook.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 17

7. Jangan membiarkan Macbook di dalam kereta kerana tiada udara boleh menyebabkan Macbook panas lalu merosakkan perkakasan laptop terutamanya bateri. Membiarkan Macbook di dalam kereta juga boleh mendatangkan bahaya dan risiko untuk berlakunya kes kecurian atau rompakkan sangat mudah.




BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 18

Tambahan pula, peranti Apple sangat sensitif sekiranya ia diletakkan di suhu tempat yang panas kerana boleh menjejaskan atau merosakkan kondisi bateri Macbook tersebut.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 19

Jangka hayat bateri Apple Macbook sememangnya dapat digunakan dengan lebih lama sekiranya seseorang itu menjaga cara penggunaan Macbook dengan baik. Jika tidak ia dapat merosakkan komponen yang lainnya tanpa kita sedari. 

Bateri Macbook yang kembung jugak boleh memberi effect pada touchpad sehingga pengguna macbook terpaksa menggunakan mouse sebagai bantuan.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 20


CYCLE COUNT BATERI MACBOOK


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 21

Sebagai seorang pengguna Macbook, kita sepatutnya mengetahui atau mengambil berat mengenai jangka hayat bateri melalui cycle count bateri Macbook.

Penggunaan bateri Macbook dikira dalam bentuk kitaran cas. Satu kitaran bermakna telah menggunakan semua kuasa bateri akan tetapi ia tidak bermakna menggunakannya dengan satu cas. 

Contoh; seseorang itu menggunakan Macbook selama satu jam atau lebih dari itu dengan separuh cas. Kemudian mengecasnya semula sehingga penuh. Jika perkara itu dilakukan berulang kali pada keesokkan hari, ia akan dikiri sebagai satu kitaran cas dan mungkin akan mengambil masa beberapa hari bagi melengkapkan kitaran tersebut.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 22
Sumber gambar: www.geekdashboard.com

Selain itu, jika anda menggunakan 50% daripada bateri Macbook, ia dikira separuh kitaran lalu mengecas bateri sehingga 100% ia juga masih dalam kitaran yang separuh. Akan tetapi setelah menggunakannya sehingga 50% lagi baru dikira sebagai satu kitaran.

Bateri mempunyai kitaran cas yang terhad sebelum ia dianggap kehabisan kuasa dan perlu segera digantikan dengan bateri yang baru setelah ia sudah kehabisan kuasa. 

Untuk prestasi yang optimum, gantikan bateri Macbook apabila sudah mencapai kiraan kitaran yang maksimum.

Langkah mengetahui cycle count bateri Macbook;

1. Buka System Information dengan memilih "About this Mac" daripada Apple Menu.
2. Klik System Report.
3. Pilih Power dalam senarai kandungan.

*kiraan kitaran semasa pada bahagian Battery Information


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 23

Macbook Pro & Macbook Air Cycle count : 1000

4 condition bateri : 

  • Normal
  • Service Battery
  • Replace Soon
  • Replace Soon


KESIMPULANNYA

Penjagaan bateri Macbook dan cycle count amat penting bagi sesebuah Macbook kerana jika pengguna tidak menitikberatkan cycle count tersebut kemungkinan besar ia bakal merosakkan komponen yang lain terutamanya logic board oleh kerana suhu panas yang melampau sudah tidak dapat dikawal lagi. 


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 24

Rata-rata pengguna Macbook yang menghantar Macbook ke kedai repair hanya mengalami masalah bateri kembung sehingga memberi kesan pada touchpad berpunca daripada kelekaan mereka terhadap penjagaan Macbook.


BATERI MACBOOK KEMBUNG/PANAS/ROSAK | OK COMPUTER SOLUTION 25

Oleh itu, sayangilah Macbook anda agar ia dapat kekal tahan lama untuk jangka masa yang lama melebihi 5 tahun.



Baca: Air tumpah pada Laptop Apa Perlu Buat