[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK

Kedai repair Macbook bantu Servis & Tukar Bateri Macbook Retina A1502 13 inch

Artikel ini membincangkan tentang Servis & Tukar Bateri Macbook Retina A1502 13 inch. Baru-baru ini, seorang pelanggan yang lebih selesa dipanggil Encik Wafiq dari Kota Damansara telah datang ke kedai repair Macbook bersama Macbook kesayangannya.

Semasa beliau tiba di kedai repair Macbook, Admin terus bertanya pada beliau apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Macbook miliknya itu. 

Lalu dengan raut wajah yang sedikit kelihatan sedih dan kecewa dari pandangan Admin, beliau meluahkan bahawa Bateri Macbook Retina A1502 itu sudah rosak kerana setiap kali mahu charge, battery cannot charging dan kadang kala baru sahaja beberapa minit charging percentage bateri sudah menunjukkan penuh (fully charged). 
Akan tetapi apabila menggunakan Macbook tanpa magsafe selepas itu, tiba-tiba Macbook auto shutdown seolah bateri kosong dan perlu untuk cucuk magsafe lagi. 


[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 1
Condition Bateri Macbook : Service Battery
Oleh itu, Encik Wafiq berasa sangat tertekan ketika mahu menyiapkan tugasan kerja kerana beliau tidak boleh menggunakan Macbook tanpa cucuk adapter lebih-lebih lagi disaat waktu kecemasan. 
Ia juga sangat menyukarkan En Wafiq oleh kerana beliau sering membawa Macbook bersama ketika mahu berjumpa dengan client atas tujuan kerja dan beliau turut beranggapan bahawa menggunakan Macbook yang disambungkan dengan magsafe ketika berjumpa client tidak begitu sopan / profesional. 

Jadi, dengan perasaan yang sedih dan kecewa itu En Wafiq segera melayari internet mahupun laman sosial dengan berusaha tanpa berputus asa mencari kedai repair Laptop/Macbook sehingga menjumpai kedai repair Macbook atau lebih dikenali sebagai OK Computer Solution yang terletak di Damansara Perdana, Petaling Jaya. 

[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 2
OKCS PJ 

Beliau membuat keputusan untuk memilih OK Computer Solution bagi meminta bantuan menyelesaikan masalah Macbook miliknya oleh kerana di kedai repair Macbook sudah banyak testimoni yang positif serta terbaik yang membuktikan bahawa kedai tersebut trusted termasuklah perkhidmatan dan tawaran harga yang berpatutan. 

Disamping itu juga, OK Computer Solution merupakan syarikat bumiputera yang menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan komputer riba sehingga sudah berjaya mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia.

Tanpa membuang masa, En Wafiq terus menuju ke kedai repair Macbook untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah Macbook Retina A1502 miliknya itu. 

Setelah mendengar luahan En Wafiq, Admin bertanya pada beliau sudah berapa lama menggunakan Macbook lalu beliau menjawab sudah lebih dari 3 tahun penggunaan Macbook dan ini merupakan masalah pertama yang Macbook beliau hadapi. 

Kemudian, Admin mencadangkan pada En Wafiq untuk membuat Service Clean Dust serta tukar Thermal Paste dengan menjelaskan padanya kebaikkan dan kelebihan Service Macbook oleh kerana Macbook tidak pernah service bertahun sudah dan ia seharusnya perlu setiap 6 bulan atau setahun sekali. 

Selepas mendengar penjelasan Admin, beliau bersetuju untuk melakukan Service Clean Dust serta tukar Thermal Paste keatas Macbook Pro miliknya justeru meminta technician di kedai repair Macbook untuk diagnose masalah bateri Macbook tersebut. 

[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 3
Process diagnose Macbook
[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 4
Service Clean Dust serta tukar Thermal Paste Macbook

Dalam pada itu, technician segera diagnose Macbook Retina A1502 13 inch dan didapati bahawa masalah bateri Macbook berpunca daripada keadaan bateri yang sudah melebihi cycle count yang telah ditetapkan oleh pihak Apple. Tambahan pula, ia juga berpunca daripada penggunaan bateri Macbook / Macbook terlalu lama sehingga overcharging (overheating).

[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 5
Cycle Count Macbook

Maka, Admin terus menghubungi En Wafiq dengan memberitahu masalah sebenar yang dihadapi oleh Macbook miliknya dan mengatakan bahawa bateri Macbook perlu ditukar segera sebelum perkara yang tidak diingini seperti bateri macbook kembung, meletop dan sebagainya berlaku. Ia juga bertujuan agar masalah En Wafiq yang sukar untuk menggunakan Macbook ketika meeting bersama client dapat diatasi dengan segera. 

Sangat bahaya jika membiarkan bateri Macbook bermasalah secara berterusan tanpa apa-apa tindakan kerana ia juga boleh menyebabkan kerosakkan pada keyboard termasuklah komponen yang lain terutamanya motherboard akibat daripada panas yang melampau.

[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 6
Bateri Macbook Retina (Rosak)

Sekiranya ia dibiarkan sehingga merosakkan motherboard, akan menjadi satu masalah kepada pengguna Macbook kerana terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk membaikki kesemua masalah tersebut.

Perkara sebegini kebiasaannya berlaku apabila pengguna Macbook telah menggunakan bateri untuk jangka masa yang lama sehingga bateri tersebut overheating. 
Overheating pula berlaku ketika seseorang itu menggunakan Macbook sambil mencucuk magsafe lalu menggunakan Macbook tanpa henti melebihi 5 jam.


Namun demikian, setelah mendengar penjelasan daripada Admin, En Wafiq bersetuju meminta bantuan technician di kedai repair Macbook untuk Servis & tukar bateri Macbook Retina A1502 13 inch tersebut. 

Dengan itu, penukaran bateri yang lama kepada bateri yang baru dilakukan selepas mendapat persetujuan dari En Wafiq. Masa yang diambil untuk penukaran bateri hanyalah kurang daripada 1 jam sahaja. 

[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 7
Proses tukar bateri Macbook (1)

[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 8
Proses tukar bateri macbook (2)
[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 9
Atas : Bateri Macbook Baru
Bawah : Bateri Macbook Lama
[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 10
Proses tukar Bateri Macbook yang baru

Berbalik pada kisah menyelesaikan bantu Servis & tukar bateri Macbook Retina A1502 13 inch, technician hanya mengambil masa kurang daripada 2 jam untuk penukaran bateri yang lama kepada bateri yang baru termasuklah Service Clean Dust serta tukar Thermal Paste.

[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 11
Keadaan selepas tukar bateri baru Macbook

Selepas selesai Servis & tukar bateri Macbook Retina A1502 13 inch, pengujian terhadap bateri Macbook dilakukan bagi memastikan bateri plug in charging dan berfungsi dengan baik serta sempurna seperti Macbook yang baru sahaja dibeli.




[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 12
Peratus selepas tukar bateri baru Macbook 

Kini tiada lagi masalah yang perlu dirisaukan kerana technician di kedai repair Macbook berjaya bantu Servis & tukar bateri Macbook Retina A1502 13 inch milik En Wafiq dimana pada mulanya bateri Macbook sudah rosak sehingga terpaksa cucuk magsafe ketika menggunakan Macbook. Akan tetapi, ianya sudah berfungsi dengan baik dan sempurna tanpa sebarang masalah selepas servis & penukaran bateri yang baru. 


Disamping itu, kami juga turut menerangkan pada En Wafiq cara penjagaan bateri Macbook Retina agar masalah bateri yang sudah rosak tidak berlaku lagi selepas ini untuk jangka masa yang terdekat. 

Tidak lupa juga untuk guide En Wafiq bagaimana untuk memeriksa condition dan cycle count bateri Macbook Retina tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan peringatan tentang keadaan bateri Macbook tersebut.




[SOLVED] SERVIS & TUKAR BATERI MACBOOK | KEDAI REPAIR MACBOOK 13
About this Mac -> POWER

En Wafiq sangat gembira dan berpuas hati ketika beliau menguji sendiri Macbook Retina miliknya itu. En Wafiq juga berkata beliau sudah tidak perlu membawa magsafe bersama ketika ada urusan di luar tempat kerja dan tidak akan berasa tertekan lagi hanya disebabkan oleh masalah bateri Macbook Retina miliknya. Tambahan pula, beliau juga berterima kasih kepada OK Computer Solution kerana telah memberi perkhidmatan yang terbaik sekali gus bantu Servis & tukar bateri Macbook Retina A1502 13 inch milik beliau.

Apabila pelanggan gembira, kami di kedai repair Macbook turut gembira diatas perkhidmatan yang telah kami berikan sebaik mungkin.



MACBOOK YANG TURUT MENGHADAPI MASALAH BATERI 

Pelanggan 1 


Bateri Macbook Kembung


Proses penukaran bateri Macbook


Keadaan selepas penukaran bateri lama kepada bateri yang baru


Pelanggan 2


Keadaan Bateri Macbook kembung


Proses penukaran bateri Macbook


Keadaan penukaran bateri Macbook yang baru

Pelanggan 3


Trackpad Macbook terangkat

Keadaan Macbook semasa diagnose
Bateri Macbook kembung


PELANGGAN YANG TURUT BERPUAS HATI 


[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 12


[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 14


[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 16

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 17

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 18

[SOLVED] MACBOOK NO ENTRY SIGN | KEDAI REPAIR MACBOOK 19